Cerita kosong

Posted: July 27, 2010 in School Life, She
Tags:

Minggu ini adalah minggu ujian bagi SKPP 9(2).

Isnin – Rabu.. Minggu mengantuk bagi saya. 13 waktu mengajar + ‘relief’.

Wahai cikgu-cikgu, jangan terkejut. Itukan waktu mengajar untuk Guru Data. yes, Guru Data yang bertuah. Sekarang adalah minggu guru-guru nak mohon PTK. Aku yang masih bingung-bingung pasal benda ni, terkapai-kapai.. lalu disambut oleh mantan guru data SK Bingolon Kudat. ehehe.. Bekas guru data sekolah ni ada program di luar. Tak dapat minta bantuan dia.

PTK= Penilaian Tahap Kecekapan

Senang cerita, saya bagi ja borang mohon PTK. Siapa mahu.. sila isi. muahaha.. Cerita pasal PTK pun ada jugak. Tapi macam malas mahu cerita. Tunggulah suatu hari nanti.

Berbalik kepada cerita pasal ujian bulanan.. Tadi aku ‘relief’ kelas tahun 1. 30 minit sebelum balik. Suruh buat kerja sendiri, bising sangat la pulak. Aku akhirnya membuat keputusan.. “Semua letak kepala atas meja… Tutup mata. Bayangkan kamu berada disuatu tempat yang luas. Langit membiru. Pada masa tu, kamu sedang baring di atas padang rumput. Kamu menenung awan dan terlihat awan berbentuk zirafah (kenapa aku pilih zirafah, aku sendiri tak tahu)…..” aku meneruskan cerita. Kemudian berhenti. Bagi mereka tidur. Ada jugak yang degil. Terkelip-kelip mata tu. Ada yang betul-betul terlena. Muahahaha.. adohaiii.. lawak betul tengok. Sampai loceng bunyi pun masih tidur.

Moral of the story: teknik ini sangat berguna waktu minggu ujian, kerana murid2 tak bawa buku. Bulan puasa nanti, waktu ‘relief’ suruh mereka mengaji la pulak kan 😉

Besok sepatutnya hari terakhir ujian. Kertas sains pulak tu. Sebab tu masih belum mula menanda kertas. kalau tak, siap dah pun.. konon 😛

Tapi, ujian ditangguhkan ke hari khamis. aahahaha.. sebab apa? Esok TV3 nak datang sekolah. rakaman TV3 Kids Voice Out School Attack. Banyak-banyak sekolah rendah di Putrajaya ni, sekolah ni jugak yang terpilih. Alasannya, sekolah ni cantik. uhuk uhuk.. betul la tu. Jadi, silalah tengok TV3 school attack. Aku sendiri tak pernah tengok rancangan tu. 

Aku nak balik rumah dulu ni. Urus apa patut, kemudian ambil mak daripada sekolah, terus pergi pasar malam..

hmmm..nak makan apa ye~

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s