Different but not less

Posted: August 10, 2010 in Umum
Tags: ,

2 hari lepas saya menonton sebuah filem biografi yang bertajuk “Temple Grandin”.

Filem in baru lagi pada tahun ni. Rasanya belum ditayangkan di Malaysia.. rasa laa.. lama tak pergi panggung.

Filem ini mengisahkan seorang wanita bernama Temple Grandin. Beliau menghidap autisme (autism).

Autisme dilihat sebagai satu kecacatan perkembangan dengan mempunyai ciri-ciri abnormal dalam beberapa aspek seperti aspek kemahiran berkomunikasi, perhubungan sosial, fungsi kognitif, proses sensori dan juga tingkah lakunya.

(Nvid, Rathus,& Greene , 1994).

Biarpun beliau seorang autistik, beliau juga seorang yang genius. Temple boleh melihat persekitaran dan menyimpan dengan tepat ke dalam otaknya. Maksudnya macam memori penglihatan sejenak.. (betul ka saya taip ni). Contohnya Temple boleh ingat kembali dengan tepat apa yang dilihat. Macam robot la.. Istimewanya beliau boleh menganalisis semua memori yang diperolehi untuk menyelesaikan masalah.

Untuk menjaga kanak-kanak autistik tidak mudah. Dalam cerita ini, ibu Temple sangat tabah dan melakukan banyak perkara bagi memberikan yang terbaik untuk anaknya. Selain itu, watak guru sains dalam filem ini juga merupakan faktor pendorong bagi Temple untuk terus belajar dan akhirnya berjaya menyumbang sesuatu kepada masyarakat disekitarnya.

Temple tika ini merupakan seorang profesor di Universiti Colorado, seorang penulis, konsultan dalam industri daging lembu dan juga jurucakap untuk Autisme.

Filem yang memberikan inspirasi dan berbaloi untuk ditonton. Selain itu serba sedikit, saya boleh tahu macammana sebenarnya tingkah laku dan minda kanak-kanak autistik. Pelakon Claire Danes memainkan watak Temple dengan sangat baik! 2 thumbs up! Macam dia betul2 autistik pulak.. 😉

oh ya.. saya sedang promosi kamu semua untuk tonton filem ni. Bukan saja-saja buat ‘review‘ ni.

What made her different made her exceptional

…Banyak dah filem saya tonton dengan streaming. dah ada UniFi, apa lagi. gunakan sepenuhnya kelajuan itu….

Advertisements
Comments
  1. Roberto says:

    ohooo.. baru jumpa blog Kaka Azy ni.. huuu.. Sa mau tengok la filem ni.. (^________^)

  2. roberto mana plk ni?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s