‘Mem’ besar melawat ladang

Posted: September 15, 2010 in He, Tentang kami
Tags:

Dah lama tak lawat kebun/ladang tebu..

Ni ada sedikit review.

Lawatan pada 13 September 2010 oleh Kapten Tebu & Mrs. Tebu..

Kronologi bergambar

'mem' Besar tengok ladang tebu 1 (3 ekar)

Bukan saja-saja lawat.. nak jugak rasa air tebu kan?! Hasil daripada Kebun 1 ni dah dituai pada bulan ramadhan lepas.. Tak sempat nak rasa daaa… Yang tinggal ni Tebu telur yang tidak tumbuh mengikut standard. Bengkok sikit la.. rasa sama jee.. Tapi ada jugak tebu air. Masa beli benih, order tebu telur.. tapi pembekal tu campurkan dengan tebu air.. (hah..tu tak jujur la namanya). Baru mula berniaga, jadi geng Kapten Tebu belum ada pengalaman nak buat benih tebu sendiri.  Sebab tu terpaksa beli daripada pembekal luar.

Kapten Tebu on duty

dah dibuang kulitnya

ini tebu yang nak diproses. Tokey nak rasa air daaa…

fresh *a'sob from the farm

*a’sob = air tebu , dalam bahasa arab. Segar.. tak tambah gula. Manis pulak tu. Kena tambah air sikit, kemudian ais lagi.. fuhhhh menyegarkan.

Kapten Tebu cari tebu nak ratah

Tapi tersilap ambil tebu. Tebu kurus= Tebu air, Tebu gempal= Tebu telur

Beza tebu air & tebu telur… tebu air kurang manis berbanding tebu telur.

Hasil hari ini

ini yang tak dikupas kulitnya.. Air tebu lain lagi.. berbotol2..

Lama tak nampak myHero ni kan? myHero in the Farm..

eh..eh.. iklan sekejap.

Ladang ke-2 (3 ekar)

Ladang ke-3 (3 ekar). Tebu & Pisang.

Hasilnya tahun depan...

Lawatan tamat.

Mrs. Tebu said: Teringat dulu masa kecil2 di kampung di Sabah nun. Makcik selalu potong pokok tebu di suatu tempat di kampung. Saya duk ratah kat situ. Tapi pelik, saya tak ingat di mana tempat tu. Sekarang tak ada dah…tamated.

Comments
  1. Pie MJ says:

    waaa.. best la korang ni.. berbudi pada tanah.. huuu..(^________^)

Leave a comment