pat pat siku lipat.. ada apa pada empat?

Posted: September 21, 2010 in She
Tags: ,

Ada empat hari lagi…

exited jugak la.. ‘jugak’? dari awal lagi memang dah excited. Tapi sekarang makin makin excited. 😀

majlis nikah: mostly done. tinggal nak re-confirm semuanya. jurunikah, jurusolek, jurugambar dan segala juru..

majlis resepsi: bincang layout dewan, baru je semalam. gila rilek. patut dewan blh settle aaaaaawal lagi kan?! tak pe la, yang penting hal2 kritikal dah dimurnikan. Cuma jadual masa perjalanan majlis belum boleh dicop sahkan. Ada performer la nanti. last2 minit pulak tu. ok ja ba kalo ko..   siapa? oh, tu kena datang majlis baru tahu.. skali tengok pengantin yang buat persembahan.. ok what? 😉

Kad baru je edar di sekolah.. ramai jugak la cikgu2 cakap, senyap2 je saya ni.. tup tup dapat kad kahwin. well, surpriseee!! hehe tunang pun tak bagitau orang. siapa tanya je baru diberitahu & siapa2 yang terbaca di blog ni. Siap ada cikgu pesan, nanti lepas kahwin tahan telinga je ye. saya pulak buat2 muka innocent,  buat-buat tak faham la konon. ahahaha sebenarnya punyala saya FAHAM! ;P

Ingat minggu ni boleh rilek. tapi tak boleh rilek. Banyak la pulak benda nak urus. Yang kecik2 la tapi..

apakah hal kecik2 tu?

  • Selasa
    • habiskan hias 3 lagi hantaran dengan bantuan sahabat saya pn.Hamidah (saya dah buntu nak hias macammana). patut dah siap pasal hantaran tapi ada tambahan la pulak. suka la kapten tebu dapat 11 hantaran.
  • Rabu
    • ambil baju resepsi di dry cleaning (tengok betapa lewatnya saya hantar). Saya tak ambil pakej pengantin. Baju semua sendiri punya. (2 helai ja pun).
    • pergi dewan buat bayaran terakhir.
  • Khamis
    • nak buat apa ya hari ni? ohh.. kalo ada masa mungkin pergi kedai aunty hias pelamin. Pelamin rumah & dewan dia yg hias. Nak tahu macammana rupanya? Nanti tengok di gambar.. berjanggut la kamu tunggu. Kalau tak ada masa, saya telefon ja la untuk perbincangan terakhir. waiseh..
  • Jumaat
    • patut saya dah rehat masa ni.. tapi, saya kena pi kedai bunga cari bunga segar utk hias sirih junjung & nak kena pegi beli sirih la jugak kan.. yang menghias, sudah tentu Pn.Hamidah a.k.a sifu menjahit saya.
    • ambil kek yang ditempah di secret recipe. Ada orang birthday la 25hb.. siapa la tu aaaa..
    • dipakaikan inai di jari.. simple ja, tak perlu berbunga2 coraknya.. ada tu saya terbaca yang bila kita buat inai corak2, ia macam tatu ka apa.. ada la.. lupa da.. pergi cari di google. jangan malas2. bakal pengantin tak apa. ahaha
    • hari ini juga pelamin di rumah dah dipasang. Fresh flower, I loike.. tapi bunga2 bukan saya pilih, aunty tu yang pilih.. kalau saya request bunga, konfem mahal menjulang2 (bentuk pelamin, saya la yg cadang).. so, biar murah dan sweet mata memandang.. macammana la pelamin tu nanti. aunty tu balik2 cakap, “memang cantik la aunty buat, cantik 2x… memang cantik “.. punya berabis dan yakinnya dia buat pernyataan itu. ba, kita tengok nanti macammana aaaa~

Aik? kenapa hari jumaat paling banyak isi ni? padahal sabtu nak nikah dah.. nguaaaaaa~ InsyaAllah, semuanya berjalan lancar.. steady… Ada jugak adik-adik saya tolong nanti. tambah lagi adik seorang, adik ipar..  pelik bila orang lain panggil kakak ipar (org dewan tu la yang panggil saya begitu)..

Athiruddin & Ros Ernida

kalau adik lelaki kahwin dulu, masuk dalam kategori dilangkah bendulkan ke?

I tak kisah, sebab minggu ni I pulak nikah.. kekeke

Majlis nikah adik & resepsi belah pompuan dah berlangsung pada 17 & 18 september 2010.

Meriah majlisnye.. siap naik tandu lagi.. 😉 Alhamdulillah, majlis mereka lancar dan meriah. Siap buat kenyataaan lagi adik saya tu, ‘feel calm after married’.. wah wah wah.. seronotnye dia. nanti saya pulak cakap macam tu aaa.. hehe

Satu pesan mak cik Milah (kakak mak) pada saya, solat hajat setiap malam. mohon majlis berjalan lancar & diberkati oleh Allah S.W.T..  Iye, dengan majlis yang dua pasang pengantin ni.. berganda juga la kerjanya.. dan berganda juga bantuan daripada Allah. InsyaAllah..

tak guna rancang majlis hebat2, tapi tak ingat nak doa pada Allah.. Minta pada Allah.. bukan meminta2 pada manusia.. lain cerita kalau orang bagi free..

ok.. ni je dulu.. kalau ada peluang di masa2 terdekat ni, saya curi masa lagi untuk buat entri terakhir ketika masih bergelar CIK ni..

Terima kasih kerana membaca~

p/s: Hari ni bermulanya UPSR. Semoga berjaya buat semua murid-murid tahun 6 di seluruh Malaysia…

p.p.s: cuti kahwin 2 hari je ye. tak da cuti sebelum kahwin.. well, ini sekolah hebat kedebum kedebum, mana boleh bagi cuti panjang2.. tak da sapa nak mengajar nanti. uhuk uhuk.. kenapa tak buat masa cuti panjang?…… siapa nak datang??? orang semua balik kampung. saya buat majlis di bandar bukan di kampung. ok, dah clear? ALHAMDULILLAH dapat cuti.  syukurrrrr…

Advertisements
Comments
  1. ipa says:

    haha..rileks2..aku plan b4 ni smgt mau upload pic n buat blog segala psl bnda2 ni..tiba2 pula blm ada mood..kekekek

    hari jumaat i hilang sekejap yee,,i ade dating u.

  2. faydee says:

    tahniah kak Azzy 🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s