begini rupanya

Posted: October 18, 2010 in She
Tags: , ,

3 minggu 2 hari bergelar isteri.. sekarang masih berjauhan. Masa berkawan jauh, dah kahwin pun jauh. Tau betapa jelesnya saya dengan pasangan suami isteri yang duduk serumah? Kepada isteri-isteri yang senasib dengan saya, teruskan bersabar. InsyaAllah ada rezeki, tahun depan dah boleh duduk serumah. Maksudnya tu saya dah pindah ke Segamat la kan?!

Cakap pasal pindah ni.. guru-guru di sekolah ada yang duk tanya. kenapa Azyyati yang kena pindah? Jawapan saya.. saya senyum je.. satu sebab mereka tak nak saya pindah, tak ada la jurulatih memanah wanita tahun depan. 🙂 itu je? itu je kot.. Tak de hal la.. (johor salah satu negeri yang terer sukan memanah. segamat tak kot). ke tak puas hati saya pindah? sapa nak jadi guru data baru? Ber’taichi‘  la cikgu-cikgu lepas ni.. [faham ke istilah taichi di sini?]

Sepanjang 3 minggu dah jadi isteri ni.. ada juga la perbezaannya.. Kapten Tebu dah semakin nampak dengan jelas, betapa degil isterinya ini (dalam insiden sakit demam, batuk & selesema). Saya tak suka makan ubat. Tak suka pergi klinik. Bukan takut. cuma tak suka. sebab saya jarang sakit. bila sakit, saya akan biar ia baik sendiri. Seminggu sebelum sakit, saya duk cakap besar yang saya jarang nak sakit (masa tu Kapten Tebu tengah sakit). Lepas tu, minggu depannya saya pula sakit. ahahaha.. kan dah kena! Bila batuk dah kurang sikit selepas 5 hari, saya mula malas makan ubat. Dipaksa suami, saya degil duk memberontak. Tapi makan ubat jugak la. Esok pagi saya batuk sampai tak larat. Itu la, melawan cakap suami.

Begini rupanya bila dah kahwin.

Cakap suami mesti dengar.

Saya masih belum biasa dengan hidup berkahwin. Bila kumpul nak basuh baju, saya hanya basuh baju yang dalam bakul. Saya tak buka beg suami dan keluarkan baju untuk dibasuh. Rasa masih bujang apa? ekeke..

Begini rupanya bila dah kahwin.

Jangan duk fikir pasal diri-sendiri je~

Rasanya saya dikalangan isteri-isteri yang bertuah kerana suami rajin tolong mengemas, rajin tolong masak~ 🙂 Dah jadi geng la.. dalam kepala ni, kalau nak buat apa2, mesti nak ajak suami. Dah la suami hujung minggu baru ada. Bayangkan banyak yang tertangguh.

Begini rupanya bila dah kahwin.

Semua benda nak kena ada suami. ye ke? manja sangat la tu. 😛

lama sangat dah tunggu untuk gambar dan video ni.. aiseh~ jangan sampai majlis bertandang nanti dah le.. kena buat baju lagi tu. Kain sponsor, hantar ler untuk jahit.. 3 helai baju untuk kahwin.. punya banyak. bila la kunun mau dipakai lagi tu?

here is for your eyes..

 

solemnization on 25th September 2010

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s