Berita terkini

Posted: November 10, 2010 in She, Umum
Tags:

Di sini disampaikan berita terkini dari gerbang perkahwinan..

…. tukar mode sekejap.

Dah lebih sebulan dah ni… masih pengantin baru ke? Tak pe, selagi belum majlis bertandang, selagi tu masih boleh dikira baru. ehehe suka suki hati ja..

Kalender kecil sebagai cenderamata untuk majlis tu pun belum siap reka lagi. Print sendiri je. So, darling hunny dear.. dlm minggu ni yayang siapkan ye? muahhh*

Apa khabar kebun-kebun tebu? disebabkan tebu-tebu belum ada yang dah masak, ‘mem’ besar belum nak lawat ladang. ahahaha.. hampeh betul ‘mem’ besar ni.. datang masa ada hasil je.

Tiba-tiba tak tau nak taip apa lagi. Cukup ini je kot.. letih pulak rasa hari ni sebab baru lepas  majlis hari anugerah cemerlang sekolah. I jadi mc la pulak.. Nanti I cerita ye… next entry. Nak solat dulu…. 🙂

~~~~~~sugar-sugar gift

KHASIAT PELUK ISTERI
Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun. Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.

`Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.

`Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,” katanya ketika memberi syarahan bertajuk Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit’ di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang.

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w.

Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.

`Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,” katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.

Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.

`Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,” kata Fadzilah. 

Advertisements
Comments
  1. ipa says:

    xleh blah yg peluk jadi kurus tu..
    ba kak ko kena kurus la lps ni,nti sia2 pelukan tu.haha

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s