What’s wrong with KSSR?

Posted: April 10, 2011 in School Life, She
Tags: , ,

ajar murid phonemes & graphemes

Sekarang ni sekolah-sekolah rendah terpilih di seluruh Malaysia sudah ‘dibekalkan’ dengan beberapa mentor bahasa Inggeris daripada negara-negara luar. Di bawah program Teaching English Language & Literacy (TELL). Dalam surat panggilan digelar Bengkel Native speaker pulak. Saya pun keliru macammana organisasinya ni. Ya, program KPM untuk melatih guru-guru Bahasa Inggeris Tahun 1 terutamanya. KSSR kannnn~

Sekolah saya jadi school-base untuk diadakan bengkel setiap hari selasa petang . Sekolah-sekolah yang terlibat adalah sekitar segamat ni. Daerah lain ada juga, tapi tu di sekolah lain la kan..

Selain itu, sebuah sekolah akan ada seorang mentor. Mentor saya dan 2 orang guru di sekolah adalah seorang wanita Miss K berasal daripada LA, USA. Very active woman. Awal-awal pagi boleh nampak dia joging. Umur dah 50 ke atas. Tapi tak nampak seperti wanita dalam lingkungan umur begitu. Apa tugas dia di sini? Tugasnya adalah untuk membimbing guru-guru BI tahun 1 untuk mengajar di kelas. Merangkumi semua aspek seperti kaedah mengajar, menyelesaikan masalah sewaktu ingin menyampaikan sesuatu topik, beberapa teori yang sebenarnya dah belajar masa di IPG, saya paling suka bila dia bagi idea aktiviti-aktiviti mudah dan seronok untuk murid, nak belajar grammar pun boleh,  pronunciation dan apa-apa yang kita mahu la. Miss K is very sporting, easy going, helpful and a very good observer.

Saya tak tahu kenapa, sewaktu bengkel diadakan, Miss K selalu suka tegur saya dan suruh saya jadi volunteer untuk baca petikan atau even berlakon. ahhh.. geram jugak la kan. Biasalah, petang2 macam tu saya malas sikit. She even told me directly, she likes to pick on me. uhuhu.. pernah sekali tu, saya ter’bijak’ sedikit sebab boleh terangkan maksud HOTS & LOTS. orang lain masa tu semua senyap samada tahu atau memang tak tahu. Dah, itu kan dah belajar masa di IPG. so, boleh la terang sikit2. habis je lepas tu, asyik saya ja yang dipanggil.

‘Azyyati, do you know what’s this stand for?’,

‘Maybe Azyyati know this‘.

Azyyati, can you explain for us?’

Owh mannn, ni la padah bila dia dah ingat nama aku.

Mungkin dia ingat nama aku dengan penuh terlekatnya di kepala dia sebab saya pernah mengajak dia bercerita mengenai pendidikan di Malaysia dan di USA. Saya nak tahu apa perbezaannya. Banyak juga info yang saya dapat. Perbezaan itulah yang selalu saya nak tahu. Tak sangka dapat peluang bercerita dengan ex-teacher daripada negara lain kan. apa lagi, guna la peluang sepenuhnya. Apa yang betul-betul memberikan kesan pada Miss K mungkin masa saya menyatakan pandangan pasal Politik dan Pendidikan di Malaysia ni. ahahaha.. ter’over‘ semangat pula bercerita masa tu.

Miss K ni, memang seorang pemerhati yang baik. Dia boleh perasan muka saya letih & badan yang makin membesar. Siap tanya dengan ketua panitia (KP) BI saya,

Why is Azyyati looks very tired?’.

KP jawab ‘Of couse, she’s expecting‘.

‘Oh, no wonder she gained weight. I thought she eats much‘.

AHAHAHA.. lawak ja aku dengar penceritaan semula daripada KP masa tu. Ya, badan saya membesar tapi perut masih tak nampak macam orang mengandung 5 bulan. nak pakai baju mengandung pun, perut tak nampak memboyot. Mesti pelik orang tengok.

owh ya, apa kaitan dengan tajuk ni? adaaa.. panjang pulak mukaddimah. Dengar cerita dah ada mentor yang melarikan diri daripada Malaysia sebab tak tahan dengan program ni. Sebab bagi orang tu modul KSSR BI tahun 1 ni terlalu advance untuk diaplikasikan kepada murid-murid. Apa yang ada dalam buku teks tu, adalah copy paste daripada cambridge tanpa dinilai dan dianalisis terlebih dahulu. Betul atau tidak. I don’t know. Ini apa yang diceritakan oleh pegawai di PPD yang mungkin menjadi salah seorang daripada penyampai rantai cerita yang tidak tahu betul atau tidak kesahihannya. Saya yang belum sampai setahun jadi guru BI ni, tak tahu lagi nak menilai kurikulum. Jadi saya lebih banyak mendengar daripada mengeluarkan pendapat.

 

ini la yang aku duk simpan dalam beg

Tapi daripada awal tahun lagi, dah ada berita mengenai buku teks BI tahun 1 ada banyak kesilapan. Terutama daripada segi grammar dan comprehension. Macammana itu boleh terjadi? Saya masih tak nak komen. ekekeke Cuma sekarang ni, saya terus mengajar guna buku teks tu sehingga keluar buku baru. Bila la tu aaa.. Tapi, kenapa ya. Bila saya tengok buku-buku tambahan atau buku kerja yang terdapat di pasaran, banyak yang susah bila dibandingkan dengan intipati buku teks tahun 1 ni? Sebab yang saya tahu, KSSR BI ni murid-murid tidak terlalu diajar mengenai tatabahasa. Lebihnya kepada Language art dan writing. Itu yang diberitahu oleh guru yang dah pergi kursus KSSR BI. Saya je yang terlalu bertuah diberikan BI tahun 1 ni. Nak ajar sains :Stapi rasanya kalau buku kerja yang dijual tu tak susah dan pelbagai, penulis pun tak tahu nak tulis apa dalam buku kerja tu kan..

Dan bagaimana pula dengan cerita KSSR ni sebenarnya mengurangkan beban guru? Apa yang saya dengar daripada luahan guru-guru, mereka tak rasa pun beban terkurang. Bertambah lagi ada la. Pendapat saya? Benda baru, perlu masa untuk diadaptasikan. Dengan lambakan fail untuk dimulakan, memang terasa juga bebannya. Tambah lagi kerja-kerja penilaian (banyak ooo nak kena nilai) berterusan yang perlu dilaksanakan, menjadikan guru rasa tak tahu nak mula daripada mana. Murid yang lebih 30 orang satu kelas dan untuk menilai seorang demi seorang. Nak kena ada 2 guru dalam kelas. Seorang buat penilaian, seorang kawal kelas. Murid tahun 1, tahu lah macammana. Seorang pun bukan senang nak jaga kan?! No, I’m not complaining. I don’t think I’m allowed to. Because I’m still new. So, this is the challenge. Just do it! Maybe one step at a time. I not a robot to do it all at once.

yeaaa haaa!

Jadi adakah KSSR berkesan? Just we wait and see.

KSSR – Kurikulum standard sekolah rendah

dulu digelar KBSR – Kurikulum bersepadu sekolah rendah.

Ada yang cakap tak ada beza. Owhhh.. ada beza. Cuma banyak atau sikit je. Pengurusannya berbeza. Modul pun berbeza. Siapa yang cakap tak ada beza tu, anda guru yang ajar guna modul KSSR ke?

Advertisements
Comments
  1. felicia sitan says:

    Yes, sgt2 setuju, wait and see, and do your best if you are one of the KSSR teacher…hehe…me too nx yr lah:))

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s