36 weeks mommy-to-be

Posted: July 17, 2011 in She
Tags:

owww.. 9 bulan dah ni. normalnya cukup mengandung dan akan bersalin adalah pada minggu ke-40.  tapi 38 minggu pun dah boleh bersalin. saya pelik bila di buku ‘pink’ mengandung kerajaan tu, ditulis sampai 52 minggu. asyik lupa nak tanya jururawat.

Sekarang kedudukan baby kepalanya ke bawah. bila dia menegang, waduh… terkena tulang rusuk ku. baby makin aktif bila waktu malam. dah tahu bagi respon bila bermain dengan dia. kadang-kadang tu sakitnya la dia tendang. tajam~

kaki sekarang dah susut sikit bengkaknya. Mula membengkak dengan mendadak masa minggu ke 34.

*kiri=suami * kanan=isteri

tengoklah.. beza kan? 2 minggu tu, memang kaki membesar dengan banyaknya. pernah tengok tak cerita wall-e? ada kan sekumpulan manusia dalam kapal angkasa tu. semuanya gemuk2 belaka. cuba tengok kaki mereka. haaa.. begitu la besarnya kaki saya membengkak. jari kaki terus jadi kontot. saya tak ambil gambar masa kaki paling besar. lucu je tengok. Masa nak duduk antara 2 sujud yang paling susah. sakit kaki. bila suami urut kaki, fuhhh lega betul bila darah dapat mengalir dengan oksigen2nya sekali.

sekarang dah masuk hari ke-2 kaki dah susut. Ramai yang cakap bila bengkak kaki dah susut, dah dekat nak bersalin. Berdoa sangat ni supaya sempat bersalin di putrajaya. saya rancang nak cuti awal bila dah hujung bulan ni. takut tak sempat je. InsyaAllah sempat!!

saya tak ada masalah sangat. cuma berat je cepat naik. uhuhu. berselera makan. aritu dah kali ke-2 minum air gula. ahahaha.. apa2 tah aku ni. kena usaha lebih nanti ni bagi turun balik berat. oh.. bulan puasa & hari raya.. ku hanya mampu pandang makanan2 itu..

ok la. Ini je. Doakan saya selamat bersalin ye. Nak jumpa baby girl yang comel ni.. 🙂

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s