Bersalin tak sakit?

Posted: August 26, 2011 in Tentang kami
Tags: ,

Alhamdulillah.. saya dah selamat bersalin pada 27 Julai yang lepas.. Baby kini berumur 30 hari.. (saya ambil masa yang lama untuk update blog.) Cahaya mata kami dilahirkan di Hospital Putrajaya pada jam 7.26 malam. Pengalaman yang sangat bermakna buat kami berdua.. 🙂

Nak tahu suami sayangkan kita banyak mana? masa bersalin ni salah satu caranya.. (bukan satu2nya cara ye)

My husband was really there for me..

Begini ceritanya…

Pada 26.07.11 (selasa).

Pagi2 lagi saya dah sakit-sakit pinggang. Tapi pergi sekolah juga. Di sekolah pun masih sakit pinggang. Kontraksi tak kerap. Masih boleh mengajar. Saya cuba siapkan kerja-kerja yang ada. Nak cuti lama nanti ni ;p. Tanda buku2 murid, key-in NILAM, kemas fail murid tahun 1. Ya, semua siap. Betapa lajunya saya buat kerja. hahaha Mostly dah siapkan kerja yang lain2 lebih awal.

Malam, suami tanya nak balik putrajaya tak? saya tak pasti lagi. Suami kata kalau datang lagi sakit, terus balik malam tu jugak. Dan memang datang lagi kontraksi. Tapi tak banyak. Tapi balik jugak malam tu. Dalam perjalanan lebih banyak kontraksi tapi tak sakit sangat la.. Boleh tahan lagi.

Pada 27.07.11 ( Rabu)

Pagi-pagi buta, saya dah rasa sakit kontraksi yang lagi kerap dan lagi sakit. Bila pergi tandas, dah ada lendir darah.. owhhh. nak kena pergi hospital ni. Dengan tenangnya bagitau suami, jom pergi hospital. Lepas subuh gerak ke hospital putrajaya yang tak sampai 15minit jaraknya. Dekat kannnn.. very convenience. Mak ada sekali ikut kami.

Belum ramai orang di hospital. daftar dulu..

kesiannya la ba jugak..

Disebabkan saya dah tempah untuk Private wing hospital Putrajaya iaitu Full Paying Patient (FPP), maka saya tidak la di’pindah’kan ke mana-mana.. (lain kali baru cerita pasal FPP tu ye).

Selepas daftar, saya masuk ke bilik tak-tahu-namanya.. di situ, uji air kencing, timbang berat dan periksa degupan jantung baby.. Carta degupan jantung baby patut dah boleh siap dalam 20 minit. Tapi saya berjam-jam jugak.. uwaaa.. sebab, carta graf tak cantik, ada putus2. Bayangkan kertas graf saya yang paling panjang antara yang lain. sampaila nurse tu terpaksa pegang alat untuk degupan jantung baby (alat tu ada tali, ikat je d perut). siap nurse cakap “Manja baby ni”.. Dah siap tu, check berapa besar bukaan rahim.. 2cm. Dah boleh masuk wad.

Wad eksekutif single bed.. permandangan tasik.. tapi disebabkan sakit kontraksi, tak peduli pun semua tu.. terbaring je atas katil..

tasik di balik pokok2 tu.. blh nampak masjid besi..

Nurse siap suruh saya jalan2 untuk cepatkan bukaan rahim. Dalam hati ku berkata, nak jalan hapenye.. gila sakit ni setiap 10minit. buat habis tenaga je nak jalan. Masa masuk wad tu, dah jam 10 pagi. Makan tengahari disediakan.. Apa ya menunya? saya pun dah lupa. ahahaha.. encik suami yang habiskan. I makan coklat ja untuk tenaga. Dah dekat jam 3 petang, kontraksi makin kerap.. dalam 10minit ada 2 kali. Sehinggalah ada ketikanya setiap 3 minit. uihhh.. makin lama makin sakit. Panggil nurse sebab dah kerap sangat. Doktor datang jam 4ptg. Dia check bukaan, 4cm.. doktor cakap dah boleh masuk wad bersalin. Dalam jam 8/9 dah boleh bersalin. Doktor pecahkan air ketuban di bilik tu jugak, sebab bila dia tanya saya larat ke tidak untuk berjalan ke bilik khas, saya buat muka berkerut-kerut meminta simpati. Doktor tanya saya nak epidural tak? saya tak dapat buat keputusan. Tapi doktor tengok saya dapat tahan sakit bila dia pecahkan air ketuban,dia kata saya tak perlu epidural. hmmmm~ suami pun sependapat dengan doktor.

Masuk wad bersalin jam 5ptg. Masa inilah kontraksi makin hebat. rasanya setiap 1 minit. Macammana ya mau terangkan sakitnya.. Kalau kamu wanita yang pernah alami sakit semasa haid, ya itulah sakitnya. Tapi yang ini lagi sakit. 8/10 saya bagi markah sakit tu. Kalau kamu lelaki, bayangkan pinggang kamu mau tercabut dan perut rasa ditekan-tekan dan mau terkoyak. begitu la lebih kurang.. uihhh.. dahsyat betul bunyinya.

Suami pula lambat sampai ke wad bersalin. Bila tak ada orang di sisi, rasa sakit tu menjadi-jadi. Nurse pun takda, kejap2 je masuk. Bila saya duk berbunyi2 tahan sakit yang teramat (sebut Allah berulang kali kuat2), nurse datang tanya samada saya nak epidural. saya tak dapat nak buat keputusan. Nurse bagi pamplet pasal epidural suruh saya baca kemudian bagi keputusan. Dalam hati, nurse ni betul ka apa? tengah sakit2 ni dia suruh aku membaca la pulak. aih.. baca ja la. Last2, saya tak dapat nak berfikir panjang lagi. Ok nak epidural. Sakit woooo.. Nurse kata, pakar bius tengah buat operation di bilik lain. Nanti kejap dia datang.

Suami dah tiba.. lega betul. Masa saya menahan sakit tu la, pegang tangan suami kuat2. Sampai bengkok2 tangan dia. ehehe Tapi sepanjang setiap kali saya menahan sakit tu, suami akan bacakan surah ke apa ke telinga saya. saya tak ingat la.. hanya ingat ada suami di sisi sebagai teman setia mengurangkan rasa ‘ketidakberdayaan’ menahan sakit. Sehingga la bila saya rasa sakit tu macam kepala baby nak keluar. Masa nurse dah siap-siap nak pasangkan alat epidural (lama gila tunggu untuk tu), seorang doktor check bukaan rahim sebab saya kata baby nak keluar. oho.. rupanya bukaan rahim saya dah full.. iaitu 10cm. (patutla rasa sakit teramat!) Tak jadi epidural.

Masa tu dah jam 7mlm. Nurse2 cakap, senangnya saya bersalin. cepat betul bukaan dan anak pertama lagi tu. cakap sekali tak pe.. ni berkali2.. pelik juga saya. Syukur la saya senang bersalin.

Doktor dah sampai. Semua orang ready nak sambut baby comel. Doktor kata bila kontraksi datang, cuba teran kuat2.

Cubaan pertama: Teraaannnnn.. (seriously bila teran tak rasa sakit kontraksi). tapi tak cukup kuat. Doktor kata dia perlukan satu kontraksi yang panjang nak baby keluar. Doktor siap betulkan kedudukan kaki saya. (masa teran jgn angkat punggung, nanti koyak banyak. ehem)

Cubaan kedua: Saya teran. Iyarghhh (saya teran tak keluar suara ye, org lain je yg bising2 iaitu nurse & suami yg bg semangat di sisi). kepala baby dah nampak sikit tapi masuk balik sebab teran tak cukup panjang. Bila dengar je doktor kata kepala baby masuk balik, dalam hatiku berkata “tak blh jadi ni. bagi habis terus lepas ni“. Hebat tak saya bertekad?! ahah

Cubaan terakhir: Dengan sekuat hati.. baby comel seberat 2.87kg berjaya keluar pada jam 7.26pm.. saya dapat rasa kehangatan tubuh baby keluar.. legaaaa~ alhamdulillah. baby comel diletakkan atas perut saya supaya baby dapat rasa hangat tubuh ibunya.. perasaan waktu tu, bahagia 🙂 *siap ada bunga2 terapung2 cuaca cerah macam dalam filem tu. baby kecik je. Bila pandang suami, air matanya mengalir. 😉 terharu la tu. I love you sayang.

Nurse tanya saya, apa yang saya buat untuk senang bersalin. Saya diam sekejap bila dengar soalan tu. Saya jawab je ada la sapu minyak selusuh masa mengandung.

Rasanya ini salah satu sebab saya mudah bersalin.

  • Amalkan membaca surah maryam.
  • Doa mohon pada Allah S.W.T untuk dipermudahkan bersalin secara normal. (minta doa kena spesifik ye)
  • sapu minyak selusuh di perut setiap malam jumaat (ni mak mertua yang suruh)
  • doa dan redha suami. (ini sangat penting!!)

Rasa sakit bersalin tu tak rasa. mungkin terlalu fokus nak keluarkan baby. Bila si comel lahir, badan masih lagi ada tenaga. C comel dah buka mata, senyap je dia pandang uminya di tepi katil.. Saya dah jadi ibu!!

Sepanjang saya mengandung dan seterusnya bersalin.. yang tak bestnye, 2 bulan pertama muntah2 dan masa sakit kontraksi nak bersalin je. yang lain semua ok. ops.. walaupun pertambahan berat badan yg drastik kadang2 membuatkan saya terkesima tapi takpe, insyaAllah blh kurus semula.

Mak… terima kasih lahirkan saya. 🙂 saya dah jadi ibu macam mak dan mak dah jadi nenek! ^*^

Abang.. terima kasih kerana ada di sisi yayang. *tiba-tiba rasa terharu sangat. hilang kata2 terus.

 

13 hari *klik gambar untuk tumbesaran

puteri kesayangan umi & abi

panjang kan entri?! biasa la, pertama kali bersalin. ke-2, ke-3 dan seterusnya nanti, nda janji la gini panjang.

Advertisements
Comments
  1. Pie MJ says:

    “bayangkan pinggang kamu mau tercabut dan perut rasa ditekan-tekan dan mau terkoyak.”
    Tak tercapai akalku.. Huhu.. Apa2 pun tahniah Azy..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s