why i love being a teacher

Posted: May 3, 2012 in Umum
Tags: , ,

Seorang guru.. dalam banyak-banyak kelas yang diajar, pasti ada paling kurang 1 kelas yang sukar dikawal sepenuhnya. Sehari tak marah, memang tak boleh. Cakap sekali tak makan saman. Dari pengalaman 3 buah sekolah (termasuk sekolah praktikal), keadaan seperti ini mesti ada. Murid zaman sekarang berbeza dengan dulu. Dulu termasuklah zaman saya bersekolah, kami memang hormat / ‘takut’ dengan cikgu. Tak berani melawan. Berbeza dengan sekarang.

Itu la cabaran guru sekarang. Dulu profesion perguruan paling dianggap mulia dan guru sangat disanjung tinggi. Sekarang, kreadibiliti seorang guru sangat mudah dipertikaikan. Pada saya sekiranya ibubapa murid itu sendiri menghormati & menyanjung tugas seorang guru, anaknya pasti akan hormat dengan guru. Sekira sebaliknya, pasti anaknya juga akan memandang rendah & tidak menghormati guru (kecuali kes2 terpencil yang memang ada).

Actually saya bukan nak cerita pasal ni. tapi benda lain.. terselit2 la pulak.

Ada sebuah kelas hujung tahun 3 yang saya ajar Pendidikan Seni Visual (PSV). Kelas ni memang super aktif, bukan semua tapi ada la 3, 4 orang. Boleh buat guru hilang sabar. Tahun lepas saya ajar mereka BI.  Kelas2 hujung ni telah dipersetujui ramai guru, ianya bukan mudah untuk dikawal.

Tapi yang istimewanya mereka ini, bila tiba aktiviti yang melibatkan orang yang mereka sayang, mereka jadi fokus dan buat bersungguh-sungguh. Hari ni, kelas PSV saya menyuruh mereka buat kad sempena hari ibu yang bakal tiba. Kad manila saya sediakan (lupa nak suruh mereka bawa lebih awal & lagi saya jamin tak semua akan bawa malah kertas kosong untuk buat kad. samada lupa atau memang sengaja tak bawa *mungkin x mampu). Saya sedikit terpegun bila semua anak2 murid ini menyediakan ucapan dan membuat kad buat ibu mereka dengan bersungguh-sungguh. Mungkin tak cantik, tapi mereka buat sendiri dengan semua yang mereka ada. 🙂 Tak tahu mengeja… tak pe, tanya la cikgunya ni.

Mereka mungkin ada masanya sangat boleh menyakitkan hati. tapi, saya sentiasa mengingatkan diri.. mereka datang ke sekolah, itu dah bagus. Maknanya mereka nak belajar. Saya.. seorang guru akan berusaha memberikan yang terbaik buat mereka. Apa yang saya berpegang ialah, saya seorang guru. Tugas saya adalah mengenal pasti potensi yang ada dalam diri murid itu agar mereka boleh berjaya. Tugas saya bukannya untuk mencari kesalahan mereka seperti tugasnya seorang polis.

Advertisements
Comments
  1. cik ipa says:

    im proud of u 😉

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s