Archive for the ‘School Life’ Category

yang ada pada tahun 1

Posted: February 13, 2012 in School Life
Tags:

Ini tahun ke-2 saya ada murid tahun satu berbangsa tamil yang langsung tak tahu cakap dan faham bahasa melayu. Bahasa Inggeris pun tak tahu jugak. Uhuhu cabaran jugak nak ajar, guna body gesture je la.

Bertambah juga ‘vocabulary’ bahasa tamil saya.

p/s: nota di atas ditulis oleh guru kelasnye.. sy mengambil gambar je sambil senyum-senyum 🙂

Advertisements

Come back to work

Posted: January 14, 2012 in School Life, She
Tags: , ,

Sesudah bergelar ibu, rutin harian turut berubah.

Awal pagi, bangun jam 5.30 pagi. Terus pam susu. :p Kemudian mandi, solat, sarapan, sediakan barang2 Nuha dan seterusnya hantar Nuha ke rumah pengasuh yang sejauh 9 buah rumah. Awal pagi sudah tentu hantar guna kereta, ambil Nuha petang selepas siapkan kerja2 rumah, berjalan kaki. Ada jugak la masa berjalan-jalan dengan Nuha waktu petang dan umi pun bersenam sikit. ohoho sekejap je pun tak sampai 5 minit berjalan.

Di sekolah, kawan-kawan guru masih ramai tak percaya dan rasa janggal bila tengok penampilan saya. Well, when I was pregnant, I do gain extra 20kg, so that’s a BIG me. Sekarang berat dah turun dan cara pemakaian saya dah kembali ke asal, ramai ingat saya guru baru. ahahaha.. kenapa jadi macam tu? sebabbbb

Sepanjang saya mengandung (dari mula lapor diri Januari 2011 di sekolah baru ini):

  • Pakai spekmata terus. Malas dah guna contact lense.
  • Tudung semua pakai yang instant. Senang sarung.
  • Baju sudah tentu baju mengandung.
  • Pakai sandal biasa dah. No more boot.
  • No more make-up. Cuci muka guna pencuci pun tak. Tak boleh cium bau wangi2. pening!

Selepas bersalin, mestilah kembali ke asal kan. aahahaha.. Pakai contact lense, shawl, boot, make-up. penampilan kontra. 😉

Soalan paling banyak ditanya, macammana boleh jadi semakin kurus dengan cepatnya.

Jawapan paling senang, saya tak ada bersenam langsung. Hanya meyusukan Nuha!! Itu je. Mudah kan?

Tapi nak kena bersenam jugak la. Masih belum berat asal. Lagi perlu stamina.

Oh ya! di tahun baru ini saya guru kelas tahun 1. Mengajar Bahasa Inggeris 3 kelas tahun 1. Semuanya 30 waktu mengajar. Tak da elektif sebab dah terlebih waktu mengajar. Well, I like teaching year 1 pupils. They are fun and cute. Tapi kadang2 geram jugak. ahahaha Paling suka sebab mereka masih kecil maka senang dibentuk. Go go new year!!!

p/s: Nak baby lagi la.. ohohoho

he's having fun with attention

Ini kisah seorang murid tahun 1 yang hyperactive.
Suasana di kelas tahun 1.
murid-murid sedang membuat latihan.
Murid D sedang menulis tarikh dan hari di buku latihannya.

Guru : Tak perlu la tulis Jumaat. Tulis friday.

*Murid berhenti pada ejaan -jum- dan menulis friday di hujung sebelah muka surat. Kemudian menyambung menulis -jum- ke jumaat.

Guru : eh, padam je la jumaat tu. Jangan tulis bahasa melayu.

Murid D : Saya kan orang melayu.

*Geramnya si guru mendengar jawapan bijak di murid.

Guru : Ye la, tapi sekarang waktu BI. Kena la tulis dalam BI.

Murid D ni satu je yang tak berkenannye saya ngan dia. Suka sangat keluar kelas. Mata tu melilau tengok sekeliling kalau-kalau ada kawannya yang nak ke tandas. Dia nak ikut sekali, kemudian dia yang lebih lambat masuk kelas berbanding yang meminta izin keluar tadi. aiyooo.. Akan ada je alasan dia nak keluar kelas. Ganggu kawan tu lain cerita lagi  dan saya boleh kawal. Ni kalau keluar kelas, nak kejar macammana. Tak larat mak buyung ni nak kejar.

Kebiasaannya murid yang hyperactive macam ni, bijak. Yes, most of the time. Cara nak ambil perhatiannye tu yang nak kena cari. Cara lembut? cara garang? dah try. Murid D ni, kalau saya marah dia, mula la tu muka dia duk mencebik, mulut berkumat-kamit, mata menjeling-jeling. Very honest with feeling and expression. Nak gelak pun ada bila tengok. (konon-konon tengah melawan la tu. Manja betul!) Ye la, kebanyakannya bila saya marah atau tegur murid, muka innocent ja kan. Tak pun mata berair-air nak nangis. ahaha yang sakit hati kalau buat muka bodo je. uhh.. yang muka bodo ni memang ramai. budak-budak zaman sekarang~

Jadi, bebalik kepada tajuk. Macammana nak kawal murid macam ni? Dalam 34 orang murid tahun 1 tu, dia seorang je paling bermasalah. Siap ada 1 buku laporan khas mengenai salah laku murid D ni. Maknanya, dia memang banyak buat masalah bukan sahaja semasa waktu saya, waktu lain pun sama je.

Penat la nak jerit-jerit, marah-marah. untuk tahun 1 ni, majoriti memang dengar cakap. Tapi tu la, murid D ni. Kalau dibiarkan, ketinggalan nanti. Saya cuba la mengajar dia secukupnya waktu dia tengah budak baik duk dalam kelas buat kerja dan tumpu perhatian. Macam buah la pulak. Ada musimnya.

Cuba bayangkan kalau ada lebih 10 orang seperti murid D di dalam kelas? ohhh.. tak mustahil dan memang wujud. Saya yang asyik mengajar kelas hujung2  dunia ni, setakat ni tak ada masalah darah tinggi lagi. Syukur~ Tapi dah biasa jadi guru kelas yang hujung, rasa mencabar dan setakat ni kelas tahun 3 tu dah nampak peningkatan  yang baik. Tabik kepada guru-guru kelas hujung di seluruh Malaysia!! ehehehe

What’s wrong with KSSR?

Posted: April 10, 2011 in School Life, She
Tags: , ,

ajar murid phonemes & graphemes

Sekarang ni sekolah-sekolah rendah terpilih di seluruh Malaysia sudah ‘dibekalkan’ dengan beberapa mentor bahasa Inggeris daripada negara-negara luar. Di bawah program Teaching English Language & Literacy (TELL). Dalam surat panggilan digelar Bengkel Native speaker pulak. Saya pun keliru macammana organisasinya ni. Ya, program KPM untuk melatih guru-guru Bahasa Inggeris Tahun 1 terutamanya. KSSR kannnn~

Sekolah saya jadi school-base untuk diadakan bengkel setiap hari selasa petang . Sekolah-sekolah yang terlibat adalah sekitar segamat ni. Daerah lain ada juga, tapi tu di sekolah lain la kan..

Selain itu, sebuah sekolah akan ada seorang mentor. Mentor saya dan 2 orang guru di sekolah adalah seorang wanita Miss K berasal daripada LA, USA. Very active woman. Awal-awal pagi boleh nampak dia joging. Umur dah 50 ke atas. Tapi tak nampak seperti wanita dalam lingkungan umur begitu. Apa tugas dia di sini? Tugasnya adalah untuk membimbing guru-guru BI tahun 1 untuk mengajar di kelas. Merangkumi semua aspek seperti kaedah mengajar, menyelesaikan masalah sewaktu ingin menyampaikan sesuatu topik, beberapa teori yang sebenarnya dah belajar masa di IPG, saya paling suka bila dia bagi idea aktiviti-aktiviti mudah dan seronok untuk murid, nak belajar grammar pun boleh,  pronunciation dan apa-apa yang kita mahu la. Miss K is very sporting, easy going, helpful and a very good observer.

Saya tak tahu kenapa, sewaktu bengkel diadakan, Miss K selalu suka tegur saya dan suruh saya jadi volunteer untuk baca petikan atau even berlakon. ahhh.. geram jugak la kan. Biasalah, petang2 macam tu saya malas sikit. She even told me directly, she likes to pick on me. uhuhu.. pernah sekali tu, saya ter’bijak’ sedikit sebab boleh terangkan maksud HOTS & LOTS. orang lain masa tu semua senyap samada tahu atau memang tak tahu. Dah, itu kan dah belajar masa di IPG. so, boleh la terang sikit2. habis je lepas tu, asyik saya ja yang dipanggil.

‘Azyyati, do you know what’s this stand for?’,

‘Maybe Azyyati know this‘.

Azyyati, can you explain for us?’

Owh mannn, ni la padah bila dia dah ingat nama aku.

Mungkin dia ingat nama aku dengan penuh terlekatnya di kepala dia sebab saya pernah mengajak dia bercerita mengenai pendidikan di Malaysia dan di USA. Saya nak tahu apa perbezaannya. Banyak juga info yang saya dapat. Perbezaan itulah yang selalu saya nak tahu. Tak sangka dapat peluang bercerita dengan ex-teacher daripada negara lain kan. apa lagi, guna la peluang sepenuhnya. Apa yang betul-betul memberikan kesan pada Miss K mungkin masa saya menyatakan pandangan pasal Politik dan Pendidikan di Malaysia ni. ahahaha.. ter’over‘ semangat pula bercerita masa tu.

Miss K ni, memang seorang pemerhati yang baik. Dia boleh perasan muka saya letih & badan yang makin membesar. Siap tanya dengan ketua panitia (KP) BI saya,

Why is Azyyati looks very tired?’.

KP jawab ‘Of couse, she’s expecting‘.

‘Oh, no wonder she gained weight. I thought she eats much‘.

AHAHAHA.. lawak ja aku dengar penceritaan semula daripada KP masa tu. Ya, badan saya membesar tapi perut masih tak nampak macam orang mengandung 5 bulan. nak pakai baju mengandung pun, perut tak nampak memboyot. Mesti pelik orang tengok.

owh ya, apa kaitan dengan tajuk ni? adaaa.. panjang pulak mukaddimah. Dengar cerita dah ada mentor yang melarikan diri daripada Malaysia sebab tak tahan dengan program ni. Sebab bagi orang tu modul KSSR BI tahun 1 ni terlalu advance untuk diaplikasikan kepada murid-murid. Apa yang ada dalam buku teks tu, adalah copy paste daripada cambridge tanpa dinilai dan dianalisis terlebih dahulu. Betul atau tidak. I don’t know. Ini apa yang diceritakan oleh pegawai di PPD yang mungkin menjadi salah seorang daripada penyampai rantai cerita yang tidak tahu betul atau tidak kesahihannya. Saya yang belum sampai setahun jadi guru BI ni, tak tahu lagi nak menilai kurikulum. Jadi saya lebih banyak mendengar daripada mengeluarkan pendapat.

 

ini la yang aku duk simpan dalam beg

Tapi daripada awal tahun lagi, dah ada berita mengenai buku teks BI tahun 1 ada banyak kesilapan. Terutama daripada segi grammar dan comprehension. Macammana itu boleh terjadi? Saya masih tak nak komen. ekekeke Cuma sekarang ni, saya terus mengajar guna buku teks tu sehingga keluar buku baru. Bila la tu aaa.. Tapi, kenapa ya. Bila saya tengok buku-buku tambahan atau buku kerja yang terdapat di pasaran, banyak yang susah bila dibandingkan dengan intipati buku teks tahun 1 ni? Sebab yang saya tahu, KSSR BI ni murid-murid tidak terlalu diajar mengenai tatabahasa. Lebihnya kepada Language art dan writing. Itu yang diberitahu oleh guru yang dah pergi kursus KSSR BI. Saya je yang terlalu bertuah diberikan BI tahun 1 ni. Nak ajar sains :Stapi rasanya kalau buku kerja yang dijual tu tak susah dan pelbagai, penulis pun tak tahu nak tulis apa dalam buku kerja tu kan..

Dan bagaimana pula dengan cerita KSSR ni sebenarnya mengurangkan beban guru? Apa yang saya dengar daripada luahan guru-guru, mereka tak rasa pun beban terkurang. Bertambah lagi ada la. Pendapat saya? Benda baru, perlu masa untuk diadaptasikan. Dengan lambakan fail untuk dimulakan, memang terasa juga bebannya. Tambah lagi kerja-kerja penilaian (banyak ooo nak kena nilai) berterusan yang perlu dilaksanakan, menjadikan guru rasa tak tahu nak mula daripada mana. Murid yang lebih 30 orang satu kelas dan untuk menilai seorang demi seorang. Nak kena ada 2 guru dalam kelas. Seorang buat penilaian, seorang kawal kelas. Murid tahun 1, tahu lah macammana. Seorang pun bukan senang nak jaga kan?! No, I’m not complaining. I don’t think I’m allowed to. Because I’m still new. So, this is the challenge. Just do it! Maybe one step at a time. I not a robot to do it all at once.

yeaaa haaa!

Jadi adakah KSSR berkesan? Just we wait and see.

KSSR – Kurikulum standard sekolah rendah

dulu digelar KBSR – Kurikulum bersepadu sekolah rendah.

Ada yang cakap tak ada beza. Owhhh.. ada beza. Cuma banyak atau sikit je. Pengurusannya berbeza. Modul pun berbeza. Siapa yang cakap tak ada beza tu, anda guru yang ajar guna modul KSSR ke?

Kelas 1.15 – 1.45 ptg adalah waktu paling kritikal. Semua murid tahun lain dah balik, kecuali murid tahun 4. Tambah lagi pada bulan puasa ni, murid-murid jadi kurang fokus. 5 minit sebelum tamat kelas pada rabu lepas, seorang murid saya ni membacakan satu hadis kepada saya sambil merujuk kitab sahih muslim.

Hadis tu berbunyi begini;

“Apabila seorang suami memanggil isterinya ke tempat tidur lalu dia (isteri) enggan maka dia akan dilaknat malaikat sehingga pagi”. [al-Bukhari & Muslim].

Pilihan hadis tu boleh tahan lagi.. yang tak tahan tu, lepas dia baca je hadis tu.. muka tunjuk muka ‘eksyen’.. lawak betul la budak ni.

Saya tanya dia kenapa pilih hadis tu? kan ada banyak lagi hadis lain dalam kitab tu..

Dia sengih jee.. tak jawab apa..

Saya agak, motifnye satu je tu. Nak kata lelaki lagi superior daripada wanita. Kelas 4 Cendekiawan (kelas pertama sekali), murid lelaki & perempuan memang tak ngam. Ada je nak didebatkan..

Murid-murid ni tak tahu saya nak kahwin dah. Ada je peluang, mesti tanya..

cikgu, cikgu dah kahwin?” , “tu cincin tunang ke cikgu?”

Termasuklah waktu, tengah-tengah mengajar.. tanya soalan kahwin. Apa2 tah..

Macam-macam la budak-budak ni. Disebabkan selalu sangat soalan tu keluar, saya malas nak jawab. Lagipun akan ada murid lain tolong jawabkan.

The BIG event is 4 weeks and 1 day left.. Debar? belum lagi. Bagi settle dulu semua perkara2 penting. Next week baru nak ‘food testing’. Lambat la pulak kan.. Dewan lama dah tempah. Mula-mula nak buat di Dewan Merak Kayangan, tapi disebabkan waktu itu saya sungguh serabut maka pilih yang paling mudah {mudah ke?}. ye, InsyaAllah mudah.

Releven ke cerita pasal benda2 begini dalam blog ni? Korang nak baca ke? ke nanti ada orang kata menunjuk-nunjuk. beli itu, beli ini, buat itu, buat ini..

Itu merupakan salah satu sebab kenapa saya jarang cerita benda2 pasal kahwin ni. Sebab utamanya ialah, saya MALAS. ahahahaha..

Tunang cakap, kalau perkara berkaitan kahwin semuanya saya malas. Sebab saya agak selalu jugak guna ayat, “Pilih tu je la, malas dah nak fikir“.  Tapi bila berkaitan blog, rajin je..

saya rajin isi blog? ohohoho.. Dia tak dengar dalam hati ni, ayat  malas nak update blog dah banyak kali terlintas hatta terucap sampai tak terkira.

My dear fiance, I’m trying my best in every preparation that we have to do. When I said, “malas dah nak fikir“..it means I already thought it through my mind on and on and on. Till i cannot think of it anymore. Thank you sooo much for helping me & my family, you have been a great supporter and contributer. 😉

School Attack!!

Posted: July 28, 2010 in School Life, She

Gila basah!! Dah la aku pakai baju kurung. Kena join main jugak.

Menang pun kena siram air! Dengki..dengki!! muahahaha..

Silalah tengok rancangan School Attack TV3 musim kemerdekaan nanti. 10 minit je.

uhuk uhuk..

[aku terbantut nak teruskan menaip. Ada kak Ami duk sebelah]

jadi sampai di sini sajalah..

gambar-gambar boleh dilihat dalam FB (lepas upload la).

Cerita kosong

Posted: July 27, 2010 in School Life, She
Tags:

Minggu ini adalah minggu ujian bagi SKPP 9(2).

Isnin – Rabu.. Minggu mengantuk bagi saya. 13 waktu mengajar + ‘relief’.

Wahai cikgu-cikgu, jangan terkejut. Itukan waktu mengajar untuk Guru Data. yes, Guru Data yang bertuah. Sekarang adalah minggu guru-guru nak mohon PTK. Aku yang masih bingung-bingung pasal benda ni, terkapai-kapai.. lalu disambut oleh mantan guru data SK Bingolon Kudat. ehehe.. Bekas guru data sekolah ni ada program di luar. Tak dapat minta bantuan dia.

PTK= Penilaian Tahap Kecekapan

Senang cerita, saya bagi ja borang mohon PTK. Siapa mahu.. sila isi. muahaha.. Cerita pasal PTK pun ada jugak. Tapi macam malas mahu cerita. Tunggulah suatu hari nanti.

Berbalik kepada cerita pasal ujian bulanan.. Tadi aku ‘relief’ kelas tahun 1. 30 minit sebelum balik. Suruh buat kerja sendiri, bising sangat la pulak. Aku akhirnya membuat keputusan.. “Semua letak kepala atas meja… Tutup mata. Bayangkan kamu berada disuatu tempat yang luas. Langit membiru. Pada masa tu, kamu sedang baring di atas padang rumput. Kamu menenung awan dan terlihat awan berbentuk zirafah (kenapa aku pilih zirafah, aku sendiri tak tahu)…..” aku meneruskan cerita. Kemudian berhenti. Bagi mereka tidur. Ada jugak yang degil. Terkelip-kelip mata tu. Ada yang betul-betul terlena. Muahahaha.. adohaiii.. lawak betul tengok. Sampai loceng bunyi pun masih tidur.

Moral of the story: teknik ini sangat berguna waktu minggu ujian, kerana murid2 tak bawa buku. Bulan puasa nanti, waktu ‘relief’ suruh mereka mengaji la pulak kan 😉

Besok sepatutnya hari terakhir ujian. Kertas sains pulak tu. Sebab tu masih belum mula menanda kertas. kalau tak, siap dah pun.. konon 😛

Tapi, ujian ditangguhkan ke hari khamis. aahahaha.. sebab apa? Esok TV3 nak datang sekolah. rakaman TV3 Kids Voice Out School Attack. Banyak-banyak sekolah rendah di Putrajaya ni, sekolah ni jugak yang terpilih. Alasannya, sekolah ni cantik. uhuk uhuk.. betul la tu. Jadi, silalah tengok TV3 school attack. Aku sendiri tak pernah tengok rancangan tu. 

Aku nak balik rumah dulu ni. Urus apa patut, kemudian ambil mak daripada sekolah, terus pergi pasar malam..

hmmm..nak makan apa ye~

Sekolah tanpaku..

Posted: June 28, 2010 in School Life, She

Dari laptop Cikgu Azyy..

Sesungguhnya.. kerja ku berlambak-lambak. 2 minggu cuti sekolah, seminggu perkhemahan Unit Beruniform membuatkan ku malas nak bangun pergi sekolah. Adehh!

Dengan kontroversinya hari ni di sekolah.. apakah itu? kita tengok esok macammana. Masuk suratkhabar ke tak.. Memang malanglah orang tu kalau jadi berita..

Asal saya keluar sekolah je, mesti sekolah jadi havoc. ada je benda tak kena. Tapi, saya tak rasa bersalah dan memang tak bersalah pun.

Lepas ni, kalau tengok saya dah mula berkata TIDAK kepada kerja yang bukan tugas saya, masa tu saya akan berkeras-sekeras kerasnya akan tetap pendirian.

Susahnya saya nak menolak kerja yang diberi sampai orang kata saya ni mudah.

Diam diam saya ni.. lebih bahaya daripada yang bising tu tau..

huih..geram sungguh pulak bunyinya. ahahaha..

ok.dah. nanti dah reda sikit, baru update.

hari ni hp asyik berlagu je.. ramai pulak yang menelefon. isu panas jugak la. tapi.. shhhh.. orang tertentu je yang boleh tahu ‘detail’. 😉

luahan tamat.

Kerosakan

Posted: April 14, 2010 in School Life
Tags:

Aduan kerosakan yang bukan pada tempatnya.

Makmal sains banjir. Kipas tak berfungsi. LCD baru setahun, rosak.

Biarpun ini sekolah rendah pertama yang saya jumpa ada lif, tapi jangan tertipu pada itu semua.

Gah di luar, di dalam bagaimana? [lu pikir la sendiri]

Sekolah-sekolah di putrajaya ni sama je dengan sekolah-sekolah yang lain. Apa yang lebihnya adalah pada kemudahan-kemudahan asas yang kelihatan.

Jadi, tak de benda nak rasa hebat sangat. Biarpun bilik guru berhawa dingin, tapi bilik tidur saya masih tak berhawa dingin.. (takda kaitan langsung).

Cikgu dah melalut ni.

The value of a school is not on the building or physical appearance, it is the PEOPLE whom is in the school.

Class dismiss.

Alahai muridku

Posted: March 26, 2010 in School Life
Tags:

hadiah daripada murid

Ada orang kata saya guna perkataan BI yang jarang didengar untuk entri saya. Hehehe.. Saja nak tambahkan perbendaharaan kata. Jadilah saya rajin nak tengok kamus, tengok perkataan baru supaya kita sama-sama dapat belajar.

Hari ni saya dapat 2 hadiah dari anak murid. Semalam dah dapat 1. Siap buat ucapan selamat hari guru. Advance betul. Satu lagi cakap minta maaf sebab dia nakal dan suka buat bising dalam kelas. Yang sorang lagi saja suka2 nak bagi hadiah.

Macam-macam kerenah. 🙂

Ada seorang ustaz tu tanya murid-murid kelas saya ni (4A), Cikgu mana lagi baik? Cikgu praktikum atau cikgu baru(saya la tu)? Mereka jawab “Cikgu baru, tapi kalau cikgu tu marah dia cakap bahasa Sabah!”..

HAHAHAHA!

owhhh.. pandai betul dorang ni!

Anak-anak murid ni dia akan ikut perangai cikgu dia. Percaya tak?

Saya baru dapat tahu yang ada beberapa dari mereka ni rajin nak kemas kelas waktu lepas sekolah. Siap mop lantai kelas. TANPA DISURUH. Waktu saya dapat tahu tu, Terharu wehhh.. Kelas 4A adalah kelas terhujung. Nakal, bising, suka buat hal.. kalau saya buat senarai memang panjang la. (Tak semua suka buat bising, tapi majoriti je ;P )

Sebelum ni, saya memang selalu jugak tengok2 kelas tu lepas sekolah. Kemas kelas, hujung minggu datang sekolah, hias kelas, mop lantai. Nampaknya saya tak perlu risau lagi samada mereka tak tahu nak jaga kebersihan kelas. Mereka dah tahu cara saya macammana. Saya dah  tegur banyak kali supaya mereka jaga kelas. Saya tak pernah suruh mereka datang kelas lepas sekolah untuk bersihkan kelas. Tapi mereka buat lebih daripada apa yang diajar dan disuruh.

That’s my students. Life lesson that I’m really focusing right now is for them to apply responsibility and friendship. Kenapa persahabatan? Sebab mereka selalu bergaduh sesama sendiri. Together we stand, divided we fall. Saya tak mahu kelas lain pandang rendah kelas mereka. Sekurang-kurangnya mereka ada kelebihan yang bukan ramai orang ada. 🙂

Mereka di kelas terakhir bukan sebab mereka tak pandai atau kurang bijak. Tapi, mereka kurang tumpuan masa belajar, suka bermain dan belum ada minat nak belajar sungguh-sungguh.

Maka dengan itu, ia dah jadi tanggungjawab saya untuk tarik minat mereka untuk belajar. kan?!

When U r different you will stand out from the rest, even if you don’t ask for it. Just make sure it’s a positive one. -Azyy