Archive for the ‘Tentang kami’ Category

Ops.. i did it again

Posted: January 14, 2012 in Tentang kami
Tags: ,

This is mommy’s 100 post.

Umi & Abi's love

Advertisements

Come back to work

Posted: January 14, 2012 in School Life, She
Tags: , ,

Sesudah bergelar ibu, rutin harian turut berubah.

Awal pagi, bangun jam 5.30 pagi. Terus pam susu. :p Kemudian mandi, solat, sarapan, sediakan barang2 Nuha dan seterusnya hantar Nuha ke rumah pengasuh yang sejauh 9 buah rumah. Awal pagi sudah tentu hantar guna kereta, ambil Nuha petang selepas siapkan kerja2 rumah, berjalan kaki. Ada jugak la masa berjalan-jalan dengan Nuha waktu petang dan umi pun bersenam sikit. ohoho sekejap je pun tak sampai 5 minit berjalan.

Di sekolah, kawan-kawan guru masih ramai tak percaya dan rasa janggal bila tengok penampilan saya. Well, when I was pregnant, I do gain extra 20kg, so that’s a BIG me. Sekarang berat dah turun dan cara pemakaian saya dah kembali ke asal, ramai ingat saya guru baru. ahahaha.. kenapa jadi macam tu? sebabbbb

Sepanjang saya mengandung (dari mula lapor diri Januari 2011 di sekolah baru ini):

  • Pakai spekmata terus. Malas dah guna contact lense.
  • Tudung semua pakai yang instant. Senang sarung.
  • Baju sudah tentu baju mengandung.
  • Pakai sandal biasa dah. No more boot.
  • No more make-up. Cuci muka guna pencuci pun tak. Tak boleh cium bau wangi2. pening!

Selepas bersalin, mestilah kembali ke asal kan. aahahaha.. Pakai contact lense, shawl, boot, make-up. penampilan kontra. 😉

Soalan paling banyak ditanya, macammana boleh jadi semakin kurus dengan cepatnya.

Jawapan paling senang, saya tak ada bersenam langsung. Hanya meyusukan Nuha!! Itu je. Mudah kan?

Tapi nak kena bersenam jugak la. Masih belum berat asal. Lagi perlu stamina.

Oh ya! di tahun baru ini saya guru kelas tahun 1. Mengajar Bahasa Inggeris 3 kelas tahun 1. Semuanya 30 waktu mengajar. Tak da elektif sebab dah terlebih waktu mengajar. Well, I like teaching year 1 pupils. They are fun and cute. Tapi kadang2 geram jugak. ahahaha Paling suka sebab mereka masih kecil maka senang dibentuk. Go go new year!!!

p/s: Nak baby lagi la.. ohohoho

Bila kau tiada

Posted: January 14, 2012 in Tentang kami
Tags:

My cheese has been moved.

Have you read the book called Who moved my cheese?

Short yet practical to our lives. I’ve read it on 2007 when I worked last time at Times bookstore at Kota Kinabalu. Really love working there because I read so many book back then. Now, the frequency has been decreasing.. To pursue master need to read more book ait? am trying to..

You just have to read the book. Cheese represent what we want to have in life. It can be job, relationship, money, big house, heatlh recognition or even an activity. In general, this book is about the things that we are so comfortable with or used to has been moved or taken away. Most of people will resist change and that can include me sometimes. Because changing, you have to start all over again. Getting thru the hardship AGAIN. With so much insecurities wether you gonna make it or not. FEAR. Then, how you cope with change?

The cheese that I’m talking right now is my dear beloved husband. He’s not here with me & baby Nuha. He got transfered to FELDA HQ which is in Kuala Lumpur. The first time we got the news, husband get all mess up. He cannot think straight at that moment as he was so worried about me & our Nuha.

Me? quite shock with the news but I don’t say much when I see dear hubby so confused and tired at that time. The next day, hubby wrote an appael letter to ask for postponing the report duty. Alhamdulillah, hubby got a week from the appeal.

When Allah tests you it is never to destroy you. When He removes something in your possession it is (only) in order to empty your hands for an even greater gift!

~ Ibn al-Qayyim

I can accept these changes. And I know its for the better. InsyaAllah. Eventhou being here in Segamat, is very comfortable. Everything is easy access. Can compete with Putrajaya. 😉

Hubby promised to come back home every weekend. So, today he’s here.

InsyaAllah I’ll try to transfer near to my husband. Because I believe family must be near & together. Wife should be with husband. Family first, job second.

See… I like changes. To go new place. New faces. I’m used to live ‘everywhere’ since I was little. We move from place to place because of job necessity.

Change can be interesting. But still, I miss my husband everyday. 🙂

Gagah sungguh isteri2 yang berjauhan dengan suaminya. I can be one but choose not to because I’ll try to be beside him. Allah’s will.

1st Anniversary

Posted: September 25, 2011 in Tentang kami
Tags:

Marshmallow cake says.. Ulang Tahun Perkahwinan 1st, Hari Jadi ke-27

Birthday siapa? Birthday my beloved other half a.k.a Kapten Tebu

Triple on our First Anniversary..

Alhamdulillah
sudah setahun usia perkahwinan
Semoga cinta & mahligai ini kekal bahagia hingga ke akhir hayat
dan ku ingin menjadi bidadarimu di syurga kelak.

InsyaAllah

yang mencintai,
isterimu….Photobucket

Bersalin tak sakit?

Posted: August 26, 2011 in Tentang kami
Tags: ,

Alhamdulillah.. saya dah selamat bersalin pada 27 Julai yang lepas.. Baby kini berumur 30 hari.. (saya ambil masa yang lama untuk update blog.) Cahaya mata kami dilahirkan di Hospital Putrajaya pada jam 7.26 malam. Pengalaman yang sangat bermakna buat kami berdua.. 🙂

Nak tahu suami sayangkan kita banyak mana? masa bersalin ni salah satu caranya.. (bukan satu2nya cara ye)

My husband was really there for me..

Begini ceritanya…

Pada 26.07.11 (selasa).

Pagi2 lagi saya dah sakit-sakit pinggang. Tapi pergi sekolah juga. Di sekolah pun masih sakit pinggang. Kontraksi tak kerap. Masih boleh mengajar. Saya cuba siapkan kerja-kerja yang ada. Nak cuti lama nanti ni ;p. Tanda buku2 murid, key-in NILAM, kemas fail murid tahun 1. Ya, semua siap. Betapa lajunya saya buat kerja. hahaha Mostly dah siapkan kerja yang lain2 lebih awal.

Malam, suami tanya nak balik putrajaya tak? saya tak pasti lagi. Suami kata kalau datang lagi sakit, terus balik malam tu jugak. Dan memang datang lagi kontraksi. Tapi tak banyak. Tapi balik jugak malam tu. Dalam perjalanan lebih banyak kontraksi tapi tak sakit sangat la.. Boleh tahan lagi.

Pada 27.07.11 ( Rabu)

Pagi-pagi buta, saya dah rasa sakit kontraksi yang lagi kerap dan lagi sakit. Bila pergi tandas, dah ada lendir darah.. owhhh. nak kena pergi hospital ni. Dengan tenangnya bagitau suami, jom pergi hospital. Lepas subuh gerak ke hospital putrajaya yang tak sampai 15minit jaraknya. Dekat kannnn.. very convenience. Mak ada sekali ikut kami.

Belum ramai orang di hospital. daftar dulu..

kesiannya la ba jugak..

Disebabkan saya dah tempah untuk Private wing hospital Putrajaya iaitu Full Paying Patient (FPP), maka saya tidak la di’pindah’kan ke mana-mana.. (lain kali baru cerita pasal FPP tu ye).

Selepas daftar, saya masuk ke bilik tak-tahu-namanya.. di situ, uji air kencing, timbang berat dan periksa degupan jantung baby.. Carta degupan jantung baby patut dah boleh siap dalam 20 minit. Tapi saya berjam-jam jugak.. uwaaa.. sebab, carta graf tak cantik, ada putus2. Bayangkan kertas graf saya yang paling panjang antara yang lain. sampaila nurse tu terpaksa pegang alat untuk degupan jantung baby (alat tu ada tali, ikat je d perut). siap nurse cakap “Manja baby ni”.. Dah siap tu, check berapa besar bukaan rahim.. 2cm. Dah boleh masuk wad.

Wad eksekutif single bed.. permandangan tasik.. tapi disebabkan sakit kontraksi, tak peduli pun semua tu.. terbaring je atas katil..

tasik di balik pokok2 tu.. blh nampak masjid besi..

Nurse siap suruh saya jalan2 untuk cepatkan bukaan rahim. Dalam hati ku berkata, nak jalan hapenye.. gila sakit ni setiap 10minit. buat habis tenaga je nak jalan. Masa masuk wad tu, dah jam 10 pagi. Makan tengahari disediakan.. Apa ya menunya? saya pun dah lupa. ahahaha.. encik suami yang habiskan. I makan coklat ja untuk tenaga. Dah dekat jam 3 petang, kontraksi makin kerap.. dalam 10minit ada 2 kali. Sehinggalah ada ketikanya setiap 3 minit. uihhh.. makin lama makin sakit. Panggil nurse sebab dah kerap sangat. Doktor datang jam 4ptg. Dia check bukaan, 4cm.. doktor cakap dah boleh masuk wad bersalin. Dalam jam 8/9 dah boleh bersalin. Doktor pecahkan air ketuban di bilik tu jugak, sebab bila dia tanya saya larat ke tidak untuk berjalan ke bilik khas, saya buat muka berkerut-kerut meminta simpati. Doktor tanya saya nak epidural tak? saya tak dapat buat keputusan. Tapi doktor tengok saya dapat tahan sakit bila dia pecahkan air ketuban,dia kata saya tak perlu epidural. hmmmm~ suami pun sependapat dengan doktor.

Masuk wad bersalin jam 5ptg. Masa inilah kontraksi makin hebat. rasanya setiap 1 minit. Macammana ya mau terangkan sakitnya.. Kalau kamu wanita yang pernah alami sakit semasa haid, ya itulah sakitnya. Tapi yang ini lagi sakit. 8/10 saya bagi markah sakit tu. Kalau kamu lelaki, bayangkan pinggang kamu mau tercabut dan perut rasa ditekan-tekan dan mau terkoyak. begitu la lebih kurang.. uihhh.. dahsyat betul bunyinya.

Suami pula lambat sampai ke wad bersalin. Bila tak ada orang di sisi, rasa sakit tu menjadi-jadi. Nurse pun takda, kejap2 je masuk. Bila saya duk berbunyi2 tahan sakit yang teramat (sebut Allah berulang kali kuat2), nurse datang tanya samada saya nak epidural. saya tak dapat nak buat keputusan. Nurse bagi pamplet pasal epidural suruh saya baca kemudian bagi keputusan. Dalam hati, nurse ni betul ka apa? tengah sakit2 ni dia suruh aku membaca la pulak. aih.. baca ja la. Last2, saya tak dapat nak berfikir panjang lagi. Ok nak epidural. Sakit woooo.. Nurse kata, pakar bius tengah buat operation di bilik lain. Nanti kejap dia datang.

Suami dah tiba.. lega betul. Masa saya menahan sakit tu la, pegang tangan suami kuat2. Sampai bengkok2 tangan dia. ehehe Tapi sepanjang setiap kali saya menahan sakit tu, suami akan bacakan surah ke apa ke telinga saya. saya tak ingat la.. hanya ingat ada suami di sisi sebagai teman setia mengurangkan rasa ‘ketidakberdayaan’ menahan sakit. Sehingga la bila saya rasa sakit tu macam kepala baby nak keluar. Masa nurse dah siap-siap nak pasangkan alat epidural (lama gila tunggu untuk tu), seorang doktor check bukaan rahim sebab saya kata baby nak keluar. oho.. rupanya bukaan rahim saya dah full.. iaitu 10cm. (patutla rasa sakit teramat!) Tak jadi epidural.

Masa tu dah jam 7mlm. Nurse2 cakap, senangnya saya bersalin. cepat betul bukaan dan anak pertama lagi tu. cakap sekali tak pe.. ni berkali2.. pelik juga saya. Syukur la saya senang bersalin.

Doktor dah sampai. Semua orang ready nak sambut baby comel. Doktor kata bila kontraksi datang, cuba teran kuat2.

Cubaan pertama: Teraaannnnn.. (seriously bila teran tak rasa sakit kontraksi). tapi tak cukup kuat. Doktor kata dia perlukan satu kontraksi yang panjang nak baby keluar. Doktor siap betulkan kedudukan kaki saya. (masa teran jgn angkat punggung, nanti koyak banyak. ehem)

Cubaan kedua: Saya teran. Iyarghhh (saya teran tak keluar suara ye, org lain je yg bising2 iaitu nurse & suami yg bg semangat di sisi). kepala baby dah nampak sikit tapi masuk balik sebab teran tak cukup panjang. Bila dengar je doktor kata kepala baby masuk balik, dalam hatiku berkata “tak blh jadi ni. bagi habis terus lepas ni“. Hebat tak saya bertekad?! ahah

Cubaan terakhir: Dengan sekuat hati.. baby comel seberat 2.87kg berjaya keluar pada jam 7.26pm.. saya dapat rasa kehangatan tubuh baby keluar.. legaaaa~ alhamdulillah. baby comel diletakkan atas perut saya supaya baby dapat rasa hangat tubuh ibunya.. perasaan waktu tu, bahagia 🙂 *siap ada bunga2 terapung2 cuaca cerah macam dalam filem tu. baby kecik je. Bila pandang suami, air matanya mengalir. 😉 terharu la tu. I love you sayang.

Nurse tanya saya, apa yang saya buat untuk senang bersalin. Saya diam sekejap bila dengar soalan tu. Saya jawab je ada la sapu minyak selusuh masa mengandung.

Rasanya ini salah satu sebab saya mudah bersalin.

  • Amalkan membaca surah maryam.
  • Doa mohon pada Allah S.W.T untuk dipermudahkan bersalin secara normal. (minta doa kena spesifik ye)
  • sapu minyak selusuh di perut setiap malam jumaat (ni mak mertua yang suruh)
  • doa dan redha suami. (ini sangat penting!!)

Rasa sakit bersalin tu tak rasa. mungkin terlalu fokus nak keluarkan baby. Bila si comel lahir, badan masih lagi ada tenaga. C comel dah buka mata, senyap je dia pandang uminya di tepi katil.. Saya dah jadi ibu!!

Sepanjang saya mengandung dan seterusnya bersalin.. yang tak bestnye, 2 bulan pertama muntah2 dan masa sakit kontraksi nak bersalin je. yang lain semua ok. ops.. walaupun pertambahan berat badan yg drastik kadang2 membuatkan saya terkesima tapi takpe, insyaAllah blh kurus semula.

Mak… terima kasih lahirkan saya. 🙂 saya dah jadi ibu macam mak dan mak dah jadi nenek! ^*^

Abang.. terima kasih kerana ada di sisi yayang. *tiba-tiba rasa terharu sangat. hilang kata2 terus.

 

13 hari *klik gambar untuk tumbesaran

puteri kesayangan umi & abi

panjang kan entri?! biasa la, pertama kali bersalin. ke-2, ke-3 dan seterusnya nanti, nda janji la gini panjang.

36 weeks mommy-to-be

Posted: July 17, 2011 in She
Tags:

owww.. 9 bulan dah ni. normalnya cukup mengandung dan akan bersalin adalah pada minggu ke-40.  tapi 38 minggu pun dah boleh bersalin. saya pelik bila di buku ‘pink’ mengandung kerajaan tu, ditulis sampai 52 minggu. asyik lupa nak tanya jururawat.

Sekarang kedudukan baby kepalanya ke bawah. bila dia menegang, waduh… terkena tulang rusuk ku. baby makin aktif bila waktu malam. dah tahu bagi respon bila bermain dengan dia. kadang-kadang tu sakitnya la dia tendang. tajam~

kaki sekarang dah susut sikit bengkaknya. Mula membengkak dengan mendadak masa minggu ke 34.

*kiri=suami * kanan=isteri

tengoklah.. beza kan? 2 minggu tu, memang kaki membesar dengan banyaknya. pernah tengok tak cerita wall-e? ada kan sekumpulan manusia dalam kapal angkasa tu. semuanya gemuk2 belaka. cuba tengok kaki mereka. haaa.. begitu la besarnya kaki saya membengkak. jari kaki terus jadi kontot. saya tak ambil gambar masa kaki paling besar. lucu je tengok. Masa nak duduk antara 2 sujud yang paling susah. sakit kaki. bila suami urut kaki, fuhhh lega betul bila darah dapat mengalir dengan oksigen2nya sekali.

sekarang dah masuk hari ke-2 kaki dah susut. Ramai yang cakap bila bengkak kaki dah susut, dah dekat nak bersalin. Berdoa sangat ni supaya sempat bersalin di putrajaya. saya rancang nak cuti awal bila dah hujung bulan ni. takut tak sempat je. InsyaAllah sempat!!

saya tak ada masalah sangat. cuma berat je cepat naik. uhuhu. berselera makan. aritu dah kali ke-2 minum air gula. ahahaha.. apa2 tah aku ni. kena usaha lebih nanti ni bagi turun balik berat. oh.. bulan puasa & hari raya.. ku hanya mampu pandang makanan2 itu..

ok la. Ini je. Doakan saya selamat bersalin ye. Nak jumpa baby girl yang comel ni.. 🙂

my first blog was gone..

Posted: July 7, 2011 in She
Tags:

Adakah patut!!! Friendster dah ubah sistem dia. Pastu tak bagi notis dulu dengan pengguna dia. Habis blog & gambar2 dalam album di friendster saya. Punyala GERAM ni!!!

FS ubah sistem ke games online! heh!! hampas betul la. Kalau ya pun bagila notis awal2. boleh juga saya upload semua entri dalam blog saya tu. ni, dah tukar sistem baru bagitau.

WArghhhhh!! itu blog pertama kuuuuuu sejak tahun pertama di Universiti.. seperti hilang diari! diari bertulis pun masih disimpan.

kecewa sangat ni!! one of my precious treasure is gone… 😦

Susu ibu terbaik

Posted: June 22, 2011 in She, Umum
Tags: ,

Saya sudah pun cuba melengkapkan peralatan menyusukan badan untuk baby. Breastpump je tak beli, sebab ada orang janji nak bagi hadiah. ohoho.. segala warmer, strerilizer, storage bottle & bag, cooler bag dan lain-lain sudah disediakan (Gambar tak ada, barang-barang semua di Putrajaya nun). Dengan misi untuk menjayakan breastfeed baby selama 2 tahun, perlu sedia peralatannya. Terutama bagi ibu yang bekerja.. 2 tahun.. lama tu. ehehe.. InsyaAllah boleh. Banyak kelebihannya bila baby menyusu badan:

  1. nutrisi cukup untuk anak mengikut pertumbuhannya & perkembangan mental.
  2. antibodi yang cukup untuk baby terutama susu pertama(kolustrum) selepas bersalin.
  3. dah ada antibodi cukup, baby jarang lah sakit 🙂
  4. Eratkan kasih sayang antara ibu & anak.. ❤
  5. Jimat duit nak beli susu tepung…
  6. cepatkan penurunan berat badan ibu & kecutkan rahim.
  7. Elakkan barah payu dara juga…

Bagi ibu-ibu di luar sana.. marilah kita menjayakan misi ‘breastfeeding’ bayi kita. ekeke

ni ada doa nak perbanyakkan susu badan.

Doa banyakkan susu

31 weeks mommy-to-be

Posted: June 12, 2011 in She
Tags:

Still going steady.. no major problems.

Baby dah makin aktif. Nurse dah suruh isi carta bilangan tendangan tak kurang dari 10 pusingan dalam masa 12 jam setiap hari untuk pastikan baby tak ada masalah. setiap hari… agak leceh dan boleh buat terlupa jugak. Tapi baby memang selalu menendang dan menumbuk. ehehe

Berat saya ok. Meningkat ikut perkembangan janin dengan betul. Tapi memang berattt… uhuhu tak nak letak gambar masa tengah ngandung. macam dipam pam..

Selalu bila saya baca artikel di internet atau buku, mesti dinasihatkan tidur mengiring untuk keselesaan. Tidur mengiring memang selesa, tapi baby ni lain pulak permintaannya. Bila saya tidur mengiring, dia akan berusaha menendang dan menumbuk bertubi-tubi ikut arah saya baring supaya saya tidur terlentang. aiyooo.. dia nak dia selesa jugak. Ibu-ibu di luar sana ada alami macam saya juga kah? terpaksalah saya tidur terlentang. Agak sukar nak bernafas dengan baik, sebab baby menekan pernafasan. Tapi nak buat macammana.. akhirnya tertidur juga la saya. Kalau nak tidur mengiring, saya kena pastikan baby betul-betul dah tidur di dalam tu. Tak banyak peluang saya boleh dapat.. uhuhu

Dah tu jam 12 tengah malam adalah salah satu masa aktifnya. Masa tu nak tidur, masa tu jugakla dia menendang dan menegang. Kuat pulak tu.. Kadang-kadang tu dalam sehari dia asyik bergerak je. Entah bila masa dia tidur pun tak tau.

Anak ini sihat.. syukur.. Bulan 8 ni dia melihat dunia.. weeee.. bestnye..

Kejang kaki, ada… tapi jarang dah sekarang. Selalu berlaku tengah malam.. Bila kejang tu, kejutkan si suami minta urut. Bangun la suami tersayang urutkan kaki. Lega… Love you sayang.

Cuti 2 minggu ni memang rasa seronok sangat. Sebab boleh super manja ngan suami.. ehehe Sebab bulan April lepas.. saya asyik ditinggalkan seorang di rumah. Bila masa cuti ni dapat sama ngan suami rasa lega.. ;p Bila jalan di tempat ramai orang, dia akan pegang tangan saya (selalu saya yang pegang tangan dia). Selalu tanya  saya ok ke tak.. dia jalan pun ikut rentak saya.. saya tak boleh jalan laju. Kaki tak larat.. Rasa best pula mengandung.. 🙂 hihihi layanan sangat baik! Itu belum cerita apa permintaan saya akan ditunaikan.. ohoho

ehhh.. dah panjang la entri ni. Lama tak update kan…

Punggung dah letih nak duduk ni. cukup la ye.. Sekarang ni duduk tak boleh lama, jalan tak boleh lama, berdiri pun tak boleh lama.. baring je boleh lama. aha!

Have a wonderful month everybody!!

my first nephew

Posted: June 12, 2011 in Tentang kami
Tags:

He was born on 7th June 2011 at Hospital Putrajaya

weight 2.9kg

Named Arfan Bin Athiruddin

I present you my lovely cute yummy yummy nephew~

  

He’s so adorable!!

*Actually my brother is not fair.. Arfan must got it from his mommy 😛

I hadn’t got the chance to meet Arfan.. uhuhu

Maybe this August when I go home.. it’s my turn.. Mine will be baby girl 🙂

Can pair with Arfan.. weeee~ InsyaAllah.