Archive for the ‘Umum’ Category

29 weeks

Posted: February 9, 2013 in Umum
Tags: ,

Sudah terlalu lama tidak update blog ni. Saya sempat update blog Si comel Nuha je. huahuahua

Sekarang saya sedang mengandung anak yang kedua. 🙂

Alhamdulillah, setakat ni semuanya selamat.  Pengalaman mengandung kali ni berbeza daripada yang pertama. Selepas bulan keempat, saya tak alah bau wangi2. Tidak seperti kali pertama dulu, saya tak cuci muka dengan pencuci, x pakai deodorant apatah lagi minyak wangi. Dulu pun nak shopping online pun tak lalu. sangat berbeza untuk kali ni. muahaha

lagi satu, saiz badan pun tak nampak sebesar dulu. perut melonjong ke depan dan tidak mengembang ke tepi. hehehe apa maknanya tu?

Aritu dah buat 3D/4D scan. well, its a boy. Alhamdulillah,. kalau betul, dah dapat sepasang!

InsyaAllah akan bersalin bulan 4 nanti. Oh.. jika si comel ni lahir 5 April, its a bonus then 😉

Advertisements

why i love being a teacher

Posted: May 3, 2012 in Umum
Tags: , ,

Seorang guru.. dalam banyak-banyak kelas yang diajar, pasti ada paling kurang 1 kelas yang sukar dikawal sepenuhnya. Sehari tak marah, memang tak boleh. Cakap sekali tak makan saman. Dari pengalaman 3 buah sekolah (termasuk sekolah praktikal), keadaan seperti ini mesti ada. Murid zaman sekarang berbeza dengan dulu. Dulu termasuklah zaman saya bersekolah, kami memang hormat / ‘takut’ dengan cikgu. Tak berani melawan. Berbeza dengan sekarang.

Itu la cabaran guru sekarang. Dulu profesion perguruan paling dianggap mulia dan guru sangat disanjung tinggi. Sekarang, kreadibiliti seorang guru sangat mudah dipertikaikan. Pada saya sekiranya ibubapa murid itu sendiri menghormati & menyanjung tugas seorang guru, anaknya pasti akan hormat dengan guru. Sekira sebaliknya, pasti anaknya juga akan memandang rendah & tidak menghormati guru (kecuali kes2 terpencil yang memang ada).

Actually saya bukan nak cerita pasal ni. tapi benda lain.. terselit2 la pulak.

Ada sebuah kelas hujung tahun 3 yang saya ajar Pendidikan Seni Visual (PSV). Kelas ni memang super aktif, bukan semua tapi ada la 3, 4 orang. Boleh buat guru hilang sabar. Tahun lepas saya ajar mereka BI.  Kelas2 hujung ni telah dipersetujui ramai guru, ianya bukan mudah untuk dikawal.

Tapi yang istimewanya mereka ini, bila tiba aktiviti yang melibatkan orang yang mereka sayang, mereka jadi fokus dan buat bersungguh-sungguh. Hari ni, kelas PSV saya menyuruh mereka buat kad sempena hari ibu yang bakal tiba. Kad manila saya sediakan (lupa nak suruh mereka bawa lebih awal & lagi saya jamin tak semua akan bawa malah kertas kosong untuk buat kad. samada lupa atau memang sengaja tak bawa *mungkin x mampu). Saya sedikit terpegun bila semua anak2 murid ini menyediakan ucapan dan membuat kad buat ibu mereka dengan bersungguh-sungguh. Mungkin tak cantik, tapi mereka buat sendiri dengan semua yang mereka ada. 🙂 Tak tahu mengeja… tak pe, tanya la cikgunya ni.

Mereka mungkin ada masanya sangat boleh menyakitkan hati. tapi, saya sentiasa mengingatkan diri.. mereka datang ke sekolah, itu dah bagus. Maknanya mereka nak belajar. Saya.. seorang guru akan berusaha memberikan yang terbaik buat mereka. Apa yang saya berpegang ialah, saya seorang guru. Tugas saya adalah mengenal pasti potensi yang ada dalam diri murid itu agar mereka boleh berjaya. Tugas saya bukannya untuk mencari kesalahan mereka seperti tugasnya seorang polis.

Top search #1

Posted: September 12, 2011 in Umum
Tags:

Tebu Telur..
Ramai jugak rupanya orang google pasal tebu telur. Sudah pastinya blog ini salah satu pilihan di google search. Kesiannya juga orang yang nak tahu pasal tebu telur tapi tak dapat banyak info daripada blog ni.

Maaf ye.. Kapten tebu asyik takde masa nak update. Mrs Kapten Tebu tak tahu sangat pasal tebu telur. Yang Mrs Kapten Tebu tahu, tebu telur manis dan sedap!! slurrpppp!!

Mesin perah tebu di ladang dah kena jual. Mana best gigit dan hisap tebu.. mau minum air dia yang siap perah kemudian bagi sejuk! fuhlamak! nyaman I bagitau u.

InsyaAllah.. Ladang tebu akan diperluaskan lagi.. Dah ada deal dengan datuk-saya-tak-kenal. Thanks to geng Tebu kami iaitu Ah-han yang telah menjadikannya kenyataan. Mostly memang dia yang usahakan on-field.

Jadi… marilah kita sama-sama menaruh harapan supaya Mr. Kapten Tebu update blog ini dan beri info pasal tebu telur.. Sekian 😉

Al-i’tiraaf

Posted: September 7, 2011 in Salin tampal

Al-I’tiraaf
Sebuah Pengakuan

Mungkin sebagian dari kita sudah sangat familiar dengan nasyid ini. Tapi, tahukah kita darimana nasyid ini berasal? Siapa pengarangnya?

Tersebutlah kisah seorang Sahabat yg baru kembali dari medan perang. Saat berada di pintu rumahnya, secara tidak sengaja tiba-tiba nampak olehnya betis seorang perempuan. Perempuan itu adalah istri sahabatnya yg ketika itu sedang bertamu di rumahnya. Seketika itu juga ia melompat keluar dari pintu dan berlari meninggalkan rumahnya, menuju tempat yg sepi, selama bertahun-tahun, untuk bertaubat kepada Allah SWT atas ketidaksengajaannya. Rintihan taubatnya itulah yg sekarang sering kita dengar dalam lagu Al-I’tiraf.

Begitu bertaqwanya Sahabat ini. Begitu takutnya ia kepada Allah atas kesilapannya, walaupun tak sengaja. Ia menyesal, mengapa sampai terjadi perkara yg hina itu padanya? Tentu ada maksud Allah. Mungkin ini sebagai hukuman Allah karena iapun masih suka berbuat begitu, oleh sebab itu Allah pertemukan perkara itu dengannya. Perasaan itu membuat ia begitu takut dan malu dengan Allah, sehingga ia menghukum dirinya sendiri dan tidak mau pulang ke rumahnya selagi dirinya belum bisa menjadi manusia yg baik, sebaik yg Allah kehendaki.

Sahabat yg mulia ini, adalah seorang tokoh yg di Indonesia terkenal dengan cerita-ceritanya yg lucu. Namun sebenarnya ia adalah seorang pujangga, penyair besar di zaman Abbasiyah. Dialah Abu Nawas.

Nama aslinya adalah Al Hasan bin Hani al-Hakami, hidup di tahun 757 — 814 H. Oleh Raja Harun ar-Rasyid, raja yg memerintah di masa itu, ia diangkat sebagai penyair kepercayaan raja. Ia sangat dikagumi dan dikenal karena kepiawaiannya mengungkapkan kegemaran dan kesenangannya pada anggur dengan kalimat-kalimat yg indah. Abu Nawas pada mulanya adalah seorang yg hedonis, namun pada tahun-tahun terakhir kehidupannya ia bertaubat. Syair I’tiraf ini merupakan salah satu syair taubatnya yg paling termasyhur di Nusantara.

sumber: Music elvini

p/s: Lagu yang selalu ku dendangkan untuk dodoikan si puteri comel..

Quickie

Posted: July 15, 2011 in Umum
Tags:

semaknya meja saya ni sekarang.. se’semak’ kepala otakku..
tak tau nak mula dari mana dulu ni..
confused.frustrated.blurred.feebled.
guru2 lain dalam bilik guru ni semua bersemangat bercerita (sambil2 buat kerja la). saya tak da tenaga nak mendengar. fikiran melayang…..

Susu ibu terbaik

Posted: June 22, 2011 in She, Umum
Tags: ,

Saya sudah pun cuba melengkapkan peralatan menyusukan badan untuk baby. Breastpump je tak beli, sebab ada orang janji nak bagi hadiah. ohoho.. segala warmer, strerilizer, storage bottle & bag, cooler bag dan lain-lain sudah disediakan (Gambar tak ada, barang-barang semua di Putrajaya nun). Dengan misi untuk menjayakan breastfeed baby selama 2 tahun, perlu sedia peralatannya. Terutama bagi ibu yang bekerja.. 2 tahun.. lama tu. ehehe.. InsyaAllah boleh. Banyak kelebihannya bila baby menyusu badan:

  1. nutrisi cukup untuk anak mengikut pertumbuhannya & perkembangan mental.
  2. antibodi yang cukup untuk baby terutama susu pertama(kolustrum) selepas bersalin.
  3. dah ada antibodi cukup, baby jarang lah sakit 🙂
  4. Eratkan kasih sayang antara ibu & anak.. ❤
  5. Jimat duit nak beli susu tepung…
  6. cepatkan penurunan berat badan ibu & kecutkan rahim.
  7. Elakkan barah payu dara juga…

Bagi ibu-ibu di luar sana.. marilah kita menjayakan misi ‘breastfeeding’ bayi kita. ekeke

ni ada doa nak perbanyakkan susu badan.

Doa banyakkan susu

Apakan penulis ni?

Posted: March 10, 2011 in Umum

Sabahan mode:

Mesti kamurang boring kan? balik-balik buka ini blog, nda pandai dikasi update. bikin panas kan?! ahahaha

bukan apa ba.. mimang mau jugak aku update, tapi macam malas. Crita punya banyak mau dikasi tau. nafsu ja besar, usaha teda. aha!

Nda mau la aku berjanji. Nanti dimakan promise. Kamurang doa2 ja kami dua rajin update blog aaaa~

yang honest,

Awang Tulus ..ehh! tu nama pakcikku. teda kaitan.

 

..Mrs Tebu yang preggy.. 🙂

It’s raining

Posted: January 30, 2011 in She, Umum
Tags: ,

Bulan januari dah jadi macam bulan disember.. hujan di seluruh negara.

Dah dekat seminggu hujan di Segamat.. Hari ni paling lebat. Dari pagi tadi dah pasang lampu rumah. Macam malam la pula. Kapten Tebu demam hari ni. Kesian suamiku.. Tengok bahagia je mukanya ada isteri tolong jaga.. hehe

Ohhh.. Kapten Tebu lagi banyak kali jaga isterinya ini.. Semua yang diminta, pasti akan diusahakan. terharu tak?!

Bila cakap pasal demam ni, teringat saya demam dulu masa beberapa minggu lepas kahwin tahun lepas. Saya pergi ke klinik dekat rumah. Petang selepas sekolah. Saya antara pesakit yang tiba awal selepas habis waktu rehat. Lama juga saya tunggu, dekat setengah jam. doktor dah ada di dalam, jururawat masih tak sampai. owhh memang menguji kesabaran betul. Dah la masa tu tak selesa sebab demam dan batuk-batuk.

Bila dah masuk jumpa doktor, doktor tu sahkan saya demam. Saya nak minta mc, sebab esok sabtu tapi ada sekolah. Kemudian doktor tu kata, masih awal untuk dia bagi saya mc. Kemudian dia tanya samada sebelum ni saya pernah ambil mc ke tak? saya jawablah tak pernah. Doktor tu pula dengan tersengihnya cakap, daripada tak pernah la akan jadi berkali-kali. Wohhh.. bukan main lagi doktor ni. Muka punya la nampak penuh cahaya keimanan tapi suka menyindir rupanya. Ingat saya sengaja ka minta mc? Dia nak samakan saya dengan pekerja kerajaan yang lain yang suka-suki minta mc. Wehh.. ini badan saya, saya tahu la samada saya boleh tahan ke tak!

Sesungguhnya saya menahan diri daripada berkata seperti itu. Saya senyum ja depan doktor tu. Doktor tu bagi la juga mc sehari. Dengan berkat kepandaian doktor itu dan kemujaraban serta kemahalan ubat-ubatannya, hari isnin berikutnya demam saya masih belum sembuh! Terima kasih doktor. Ubat batuk doktor tu, saya berhenti makan, makan ubat lain. Hari Isnin tu mak tak suruh pergi sekolah pun, saya masih datang sekolah. Ingatkan pada anak-anak murid, digagahkan diri juga. Lama nak hilang batuk tu… Alhamdulillah.. sembuh juga walau ambil masa yang lama.

Moralnya di sini.. kepada para doktor di luar sana [terutamanya adik-adikku Afifah & Ahmad Abid], jangan bersangka buruk dengan pesakit. Apatah lagi menyindir. Buat kerja dengan ikhlas. okeh!!

Walaupun kadang-kadang ada rasa malas nak datang sekolah (bukan sebab tak nak mengajar tapi sebab kerja2 pengkeranian yg sy langsung tak minat), tak pernah terlintas di fikiran ni nak memalsukan mc ke apa.. seperti yang menjadi tajuk  dalam berita semalam.. InsyaAllah.. saya tetap akan bekerja ikhlas kerana Allah S.W.T.

p/s: semoga suami, mak & nenek cepat sembuh daripada sakit….Aminnn.~~

Apakah itu Qada & Qadar Allah

Posted: November 19, 2010 in Salin tampal, Umum
Tags:

Saya pilih artikel soal jawab ni sebab saya faham contoh yang diberikan. Jadi saya nak kongsi dengan para pembaca sekalian..

Qada dan Qadar

Apa yang dimaksudkan dengan qada dan qadar. Adakah takdir seseorang itu telah ditentukan sejak kita lahir lagi? Jikalau begitu, adakah kita sudah ditakdirkan untuk masuk syurga atau neraka?

Apa yang  pasti ajal maut sudah ditentukan oleh Allah s.w.t. Cuma, dalam keadaan apa kita akan mati. Adakah sebagai seorang yang beriman atau tidak. Adakah itu juga telah ditentukan?

Jawapan :

MENGIKUT pandangan Imam Abu al-Hasan al-Asy’ari mentakrifkan: “Qada merupakan kehendak Allah s.w.t .yang bersifat azali yang bergantung dengan sesuatu yang berlaku.

Beriman kepada qada Allah s.w.t. dan qadar-Nya adalah adalah salah daripada rukun akidah dan ia adalah rukun yang keenam daripada rukun-rukun iman.

Kesempurnaan iman seseorang bergantung rapat dengan kepercayaan dan keimanan yang tidak berbelah bahagi akan ketentuan Allah s.w.t. yang diterimanya.

Persoalan berkaitan qada dan qadar menjadi pertelingkahan dan perdebatan di kalangan aliran pemikiran agama Islam. Ia juga menjadi punca kepada perpecahan sehingga lahirnya pelbagai aliran dengan pandangan yang sederhana dan pandangan yang ekstrem. Sehingga perbalahan itu menjadi punca kepada mengkafirkan golongan yang tidak cenderung kepada pandangan mereka.

Para ulama berbeza pendapat tentang perbezaan antara kedua istilah tersebut (qada dan qadar). Sebahagian mengatakan bahawa qadar adalah ketentuan Allah sejak zaman azali (zaman yang tak ada awalnya), sedangkan qada adalah ketetapan Allah terhadap sesuatu pada waktu terjadi.

Maka ketika Allah menetapkan sesuatu akan terjadi pada waktunya, ketentuan ini disebut qadar. Kemudian apabila tiba waktu yang telah ditetapkan pada sesuatu tersebut, ketentuan tersebut disebut qada.

Masalah ini (qada) banyak disebut dalam al-Quran, seperti firman Allah yang bermaksud: Sesuatu itu telah diqada. (Yusuf: 41). Dan firman Allah lagi yang
bermaksudnya: Allah mengqada dengan benar. (Ghafir: 20). Dan ayat-ayat lain yang serupa.

Maka qadar adalah ketentuan Allah terhadap segala sesuatu sejak zaman azali, sedangkan qada merupakan pelaksanaan qadar ketika terjadi. Sebahagian ulama mengatakan kedua-dua istilah tersebut mempunyai satu makna.

Pendapat yang dianggap rajih (kuat) adalah bahwa kedua istilah tersebut bila dikumpulkan (qadar-qada), maka mempunyai makna berbeza, tetapi apabila dipisahkan satu dengan yang lain maka mempunyai makna yang sama.

Dr. Qahtan Abdul Rahman al-Duriy dalam kitabnya yang berjudul Usuluddin al-Islamiy membahagikan qada dan qadar kepada dua bahagian:

Pertama: af’al al-idthirariyyah (perbuatan yang dilakukan oleh manusia secara terpaksa). Perkara yang tiada daya usaha bagi manusia dan manusia tidak boleh memilih, atau dalam erti kata yang lain tiada pilihan bagi manusia melainkan dihadapinya, seperti tangannya menggigil, bersin dan sebagainya.

Kedua: af’al Ikhtiyariyyah (perbuatan yang boleh dipilih oleh manusia) untuk melakukannya atau tidak melakukannya seperti bercakap, berjalan dan sebagainya.

Berhubung dengan perkara ini Imam Nawawi mentakrifkan maksud qadar dengan berkata: “Qadar atau takdir ialah semua perkara atau benda yang wujud di alam ini telah ditentukan dan ditetapkan mengikut garisan yang telah dibuat oleh Allah s.w.t. sebelum sesuatu itu berlaku dan terjadi, di mana Allah mengetahui apa sahaja yang akan berlaku dan yang akan terjadi ke atas sesuatu itu dalam masa dan waktu yang telah ditentukan Allah sesuai dengan garisan yang telah ditentukan-Nya.

Selalu kita dengar ungkapan “kita merancang Allah jua yang menentukan“. Kita selaku hamba yang diciptakan hanya mampu merancang, biar hebat sekali manapun rancangan kita, namun keputusan muktamadnya daripada Allah s.w.t.

Cuma persoalannya apa yang kita rancang? Bagaimana kita merancang? Apa matlamat perancangan kita? Apa usaha kita untuk mencapai perancangan tersebut? Semua ini dilihat oleh Allah s.w.t. untuk menetapkan keputusan. Adakalanya keputusan daripada Allah s.w.t. berbentuk musibah.

Ketahuilah sesungguhnya setiap sesuatu yang menimpa manusia sama ada yang baik mahupun yang buruk adalah kehendak Allah s.w.t. Jika ketentuan itu merupakan nikmat wajib dia bersyukur dan sekiranya ketentuan itu merupakan musibah maka wajib dia bersabar. Ini kerana Allah menguji manusia dengan kenikmatan dan musibah.

Kita masuk syurga dengan pilihan kita dan kita masuk syurga dengan pilihan kita juga. Yang dimaksudkan dengan tertulis sejak azali lagi ialah, ilmu Allah s.w.t. mendahului perbuatan manusia. Contohnya, pada hari pertama seorang guru mengajar di bilik darjah, dia dapat menilai potensi kecerdikan seseorang murid.

Justeru itu, pada hari peperiksaan pelajar itu benar-benar cemerlang. Guru tadi dapat menilai sebelum peperiksaan dan keputusan dikeluarkan. Ilmu guru dalam menilai murid tadi adalah berdasarkan kemahiran dan pengalaman yang dimiliki oleh guru tadi. Bagi Allah lebih daripada itu.

Allah s.w.t. menetapkan demikian kerana ilmu Allah telah mendahului perbuatan manusia. Untuk itu manusia tidak boleh berserah kepada takdir bulat-bulat tanpa berusaha ke arah mencari kebaikan untuk memanfaat di dunia dan di akhirat.

kredit: http://alislam.blogsome.com/2008/05/11/qada-dan-qadar/

Jawatan tetap dan berpencen

Posted: November 12, 2010 in Salin tampal, She
Tags:

Patut ke tak patut?

Di dahi ni dah kena cop ‘pengacara majlis’ ke?

Sejak di IPG lagi, kalau jadi emci.. nama saya yang akan dicadangkan.

Biasa la, kalau orang yang sedikit pemalu dan tak bijak berbicara ni disuruh jadi emcee, rasa tak nak je.

Benda yang paling tak gemar ialah kena buat teks sendiri. Ohoho.. kalau dah ada teks, boleh je rasanya. Ahaha

Maka dengan itu, banyak juga la yang saya tolak. Bagi peluang orang lain kunun..

 

Bila dah posting ni, sama juga le kisahnye..

Pertama sebab guru baru, jadi sudah tentunya belum pernah jadi MC di sekolah tu.

Kedua sebab saya ni senang dibagi kerja. Ahaha.. dah dekat hujung tahun ni, dah pandai sikit menolak kerja yang bukan bidang saya. Sikit ja la.. sebab memang rasa nak belajar semua benda. tapi kalau buat semuanya, saya jadi tak fokus nanti.

Sebenarnya nak cerita pasal saya jadi MC masa Majlis Hari Anugerah Cemerlang sekolah tahun ni.

Perasminya YB Datuk Seri ……….. Ahli DUN Parlimen Putrajaya (google sendiri namanye). Mula-mula PA nye kata, dia tak jadi datang. Sekali surprise la pula awal pagi sebelum majlis bermula dia kata nak datang untuk rasmikan.

Ohoho.. gila nervous. Saya pun pelik, kenapa nervous. Tangan basah.. baca surah alam nashrah berkali-kali. Padahal perasmi tu pun manusia jugak. Ahaha macam la saya tak biasa. Mungkin sebab lama tak jadi emcee acara rasmi macam tu.

 

Sepanjang kata alu-aluan emcee  yang agak panjang tu.. syukur semuanya ok. Bila sampai giliran perasmi untuk berucap.. saya dihadiahkan dengan pujian yang tak pernah saya dapat sebelum ni.

hepi la pulak emcee ni.. tgk inai tu, masih ada… ekeke

Suara pengacara majlis, sedap. Lepas ni boleh lah dipinjamkan ke majlis-majlis yang lain”.

* blushing for 1 second

Well, what do you know? I don’t know that till someone said it out loud.

Naik sikit tangga motivasi sebagai MC ni.. hehehe

Tak susah sangat pun jadi MC.. kena pandai berubah ikut suasana. Teks memang kena buat, tapi waktu majlis berjalan, macam-macam boleh jadi. Orang yang patut datang tak datang, siapa-siapa lagi tetamu.. ramai yang tak mahu jadi MC sebab MC lah boleh menghidupkan atau menghancurkan sesuatu acara itu~

Orang Malaysia ni penuh dengan sopan dan santunnya.. Gelaran kena betul.. Salah sikit..di sebut-sebut. Biarpun VIP tu tak kisah, tapi orang lain, lain pulak pandangannye.. ye tak? 

Kalau la saya masih mengajar di sekolah sekarang ni tahun depan, yakin yang teramatlah bahawa saya akan sentiasa disuruh jadi pengacara majlis selalu.

Kalau masih di sini la kan…

 

Jadi.. patut ke tak patut?

saya terus kan jawatan MC ni  a.k.a  master of ceremony ni?

 

 

sugar-sugar gift…………

How to MC Like a Pro

By Tommy Yan

What if a colleague asked you:

“Could you emcee for me at this Saturday’s company dinner?”

And your response is:

“Well, I’d rather not. I wouldn’t know anyone there. I’m not familiar with the company and its officers. My significant other and I are celebrating. And besides my tux or gown is at the cleaners.”

“Oh… I see.”

But seriously, if a colleague asked you to lead an event-how would you reply? With anticipation and enthusiasm? Or with anxiety and nervous trepidation?

I admit to falling in the latter category. Of course you’d like to help, but because for whatever reason, you thought it was too big a responsibility. You might mess up. Anyway, there’s got to be someone else more qualified. (betul ni.. ni la yang dalam fikiran bila disuruh jadi MC)

Besides, maybe you’ve never emceed before. Perhaps you get butterflies in front of groups. Or maybe you’re replaying embarrassing moments in your head and don’t wish to add any more personal movie trailers.

If that’s you-stop it now!

Because if a colleague asks you to become the Master of Ceremonies for an event, wouldn’t you feel proud and honored that someone has put their faith and trust in you to do a fantastic job. They’re confident that you are good. Think about it. Their reputation is on the line.

Even if you’ve never been an emcee before you can easily pull it off. Ask for the program or itinerary. Do some research on related people, places and things. Gather some ideas for a script. Then get out of the way.

Here are seven tips that will make you look like a seasoned pro:

1) Discover the theme and type of event.

It could be an awards night, a roast, a talent show, a contest or a fundraiser to name a few. If there is a theme, you’d really look spectacular by touching on that theme throughout the event.

2) Dress the part.

Oftentimes, formal dress is not required. You might want to wear a costume if that’s appropriate. You’ll spend some time in the limelight so dressing accordingly will remind the audience of the event theme.

3) Entertain and inform.

That’s the focal point of your assignment. A good mixture of humor, facts and stories will help connect the dots for the entire event. This will contribute to a fun, exciting and moving program.

4) Make speakers and/or performers look good.

Believe it or not-you are not the star of the show. The focus should not be on you. On the contrary, you are the maker of stars. That’s the sign of a seasoned MC.

5) Surprises and audience reaction.

Nothing beats a well-planned surprise because people love them. It will leave the audience gasping in want. It will separate you from common MCs. People remember surprises more than the event itself.

6) Giving interviews.

The audience wants to know more about the speakers, celebrities or entertainers. One way is to engage both the audience and star(s) in a Question-and-Answer session. Another is coming up with a few questions that allow the star to shine. And the more humorous-the better.

7) Close.

You can end the event on a big note. Acknowledge the wonderful time you had together. Keep it short and sweet. People are mentally heading for the exits.

Being an MC is basically pretty simple. You make announcements, ask a few questions and keep the program moving. With these seven tips you’ll look like a seasoned pro.