Posts Tagged ‘Educator’

why i love being a teacher

Posted: May 3, 2012 in Umum
Tags: , ,

Seorang guru.. dalam banyak-banyak kelas yang diajar, pasti ada paling kurang 1 kelas yang sukar dikawal sepenuhnya. Sehari tak marah, memang tak boleh. Cakap sekali tak makan saman. Dari pengalaman 3 buah sekolah (termasuk sekolah praktikal), keadaan seperti ini mesti ada. Murid zaman sekarang berbeza dengan dulu. Dulu termasuklah zaman saya bersekolah, kami memang hormat / ‘takut’ dengan cikgu. Tak berani melawan. Berbeza dengan sekarang.

Itu la cabaran guru sekarang. Dulu profesion perguruan paling dianggap mulia dan guru sangat disanjung tinggi. Sekarang, kreadibiliti seorang guru sangat mudah dipertikaikan. Pada saya sekiranya ibubapa murid itu sendiri menghormati & menyanjung tugas seorang guru, anaknya pasti akan hormat dengan guru. Sekira sebaliknya, pasti anaknya juga akan memandang rendah & tidak menghormati guru (kecuali kes2 terpencil yang memang ada).

Actually saya bukan nak cerita pasal ni. tapi benda lain.. terselit2 la pulak.

Ada sebuah kelas hujung tahun 3 yang saya ajar Pendidikan Seni Visual (PSV). Kelas ni memang super aktif, bukan semua tapi ada la 3, 4 orang. Boleh buat guru hilang sabar. Tahun lepas saya ajar mereka BI.  Kelas2 hujung ni telah dipersetujui ramai guru, ianya bukan mudah untuk dikawal.

Tapi yang istimewanya mereka ini, bila tiba aktiviti yang melibatkan orang yang mereka sayang, mereka jadi fokus dan buat bersungguh-sungguh. Hari ni, kelas PSV saya menyuruh mereka buat kad sempena hari ibu yang bakal tiba. Kad manila saya sediakan (lupa nak suruh mereka bawa lebih awal & lagi saya jamin tak semua akan bawa malah kertas kosong untuk buat kad. samada lupa atau memang sengaja tak bawa *mungkin x mampu). Saya sedikit terpegun bila semua anak2 murid ini menyediakan ucapan dan membuat kad buat ibu mereka dengan bersungguh-sungguh. Mungkin tak cantik, tapi mereka buat sendiri dengan semua yang mereka ada. 🙂 Tak tahu mengeja… tak pe, tanya la cikgunya ni.

Mereka mungkin ada masanya sangat boleh menyakitkan hati. tapi, saya sentiasa mengingatkan diri.. mereka datang ke sekolah, itu dah bagus. Maknanya mereka nak belajar. Saya.. seorang guru akan berusaha memberikan yang terbaik buat mereka. Apa yang saya berpegang ialah, saya seorang guru. Tugas saya adalah mengenal pasti potensi yang ada dalam diri murid itu agar mereka boleh berjaya. Tugas saya bukannya untuk mencari kesalahan mereka seperti tugasnya seorang polis.

Advertisements

What’s wrong with KSSR?

Posted: April 10, 2011 in School Life, She
Tags: , ,

ajar murid phonemes & graphemes

Sekarang ni sekolah-sekolah rendah terpilih di seluruh Malaysia sudah ‘dibekalkan’ dengan beberapa mentor bahasa Inggeris daripada negara-negara luar. Di bawah program Teaching English Language & Literacy (TELL). Dalam surat panggilan digelar Bengkel Native speaker pulak. Saya pun keliru macammana organisasinya ni. Ya, program KPM untuk melatih guru-guru Bahasa Inggeris Tahun 1 terutamanya. KSSR kannnn~

Sekolah saya jadi school-base untuk diadakan bengkel setiap hari selasa petang . Sekolah-sekolah yang terlibat adalah sekitar segamat ni. Daerah lain ada juga, tapi tu di sekolah lain la kan..

Selain itu, sebuah sekolah akan ada seorang mentor. Mentor saya dan 2 orang guru di sekolah adalah seorang wanita Miss K berasal daripada LA, USA. Very active woman. Awal-awal pagi boleh nampak dia joging. Umur dah 50 ke atas. Tapi tak nampak seperti wanita dalam lingkungan umur begitu. Apa tugas dia di sini? Tugasnya adalah untuk membimbing guru-guru BI tahun 1 untuk mengajar di kelas. Merangkumi semua aspek seperti kaedah mengajar, menyelesaikan masalah sewaktu ingin menyampaikan sesuatu topik, beberapa teori yang sebenarnya dah belajar masa di IPG, saya paling suka bila dia bagi idea aktiviti-aktiviti mudah dan seronok untuk murid, nak belajar grammar pun boleh,  pronunciation dan apa-apa yang kita mahu la. Miss K is very sporting, easy going, helpful and a very good observer.

Saya tak tahu kenapa, sewaktu bengkel diadakan, Miss K selalu suka tegur saya dan suruh saya jadi volunteer untuk baca petikan atau even berlakon. ahhh.. geram jugak la kan. Biasalah, petang2 macam tu saya malas sikit. She even told me directly, she likes to pick on me. uhuhu.. pernah sekali tu, saya ter’bijak’ sedikit sebab boleh terangkan maksud HOTS & LOTS. orang lain masa tu semua senyap samada tahu atau memang tak tahu. Dah, itu kan dah belajar masa di IPG. so, boleh la terang sikit2. habis je lepas tu, asyik saya ja yang dipanggil.

‘Azyyati, do you know what’s this stand for?’,

‘Maybe Azyyati know this‘.

Azyyati, can you explain for us?’

Owh mannn, ni la padah bila dia dah ingat nama aku.

Mungkin dia ingat nama aku dengan penuh terlekatnya di kepala dia sebab saya pernah mengajak dia bercerita mengenai pendidikan di Malaysia dan di USA. Saya nak tahu apa perbezaannya. Banyak juga info yang saya dapat. Perbezaan itulah yang selalu saya nak tahu. Tak sangka dapat peluang bercerita dengan ex-teacher daripada negara lain kan. apa lagi, guna la peluang sepenuhnya. Apa yang betul-betul memberikan kesan pada Miss K mungkin masa saya menyatakan pandangan pasal Politik dan Pendidikan di Malaysia ni. ahahaha.. ter’over‘ semangat pula bercerita masa tu.

Miss K ni, memang seorang pemerhati yang baik. Dia boleh perasan muka saya letih & badan yang makin membesar. Siap tanya dengan ketua panitia (KP) BI saya,

Why is Azyyati looks very tired?’.

KP jawab ‘Of couse, she’s expecting‘.

‘Oh, no wonder she gained weight. I thought she eats much‘.

AHAHAHA.. lawak ja aku dengar penceritaan semula daripada KP masa tu. Ya, badan saya membesar tapi perut masih tak nampak macam orang mengandung 5 bulan. nak pakai baju mengandung pun, perut tak nampak memboyot. Mesti pelik orang tengok.

owh ya, apa kaitan dengan tajuk ni? adaaa.. panjang pulak mukaddimah. Dengar cerita dah ada mentor yang melarikan diri daripada Malaysia sebab tak tahan dengan program ni. Sebab bagi orang tu modul KSSR BI tahun 1 ni terlalu advance untuk diaplikasikan kepada murid-murid. Apa yang ada dalam buku teks tu, adalah copy paste daripada cambridge tanpa dinilai dan dianalisis terlebih dahulu. Betul atau tidak. I don’t know. Ini apa yang diceritakan oleh pegawai di PPD yang mungkin menjadi salah seorang daripada penyampai rantai cerita yang tidak tahu betul atau tidak kesahihannya. Saya yang belum sampai setahun jadi guru BI ni, tak tahu lagi nak menilai kurikulum. Jadi saya lebih banyak mendengar daripada mengeluarkan pendapat.

 

ini la yang aku duk simpan dalam beg

Tapi daripada awal tahun lagi, dah ada berita mengenai buku teks BI tahun 1 ada banyak kesilapan. Terutama daripada segi grammar dan comprehension. Macammana itu boleh terjadi? Saya masih tak nak komen. ekekeke Cuma sekarang ni, saya terus mengajar guna buku teks tu sehingga keluar buku baru. Bila la tu aaa.. Tapi, kenapa ya. Bila saya tengok buku-buku tambahan atau buku kerja yang terdapat di pasaran, banyak yang susah bila dibandingkan dengan intipati buku teks tahun 1 ni? Sebab yang saya tahu, KSSR BI ni murid-murid tidak terlalu diajar mengenai tatabahasa. Lebihnya kepada Language art dan writing. Itu yang diberitahu oleh guru yang dah pergi kursus KSSR BI. Saya je yang terlalu bertuah diberikan BI tahun 1 ni. Nak ajar sains :Stapi rasanya kalau buku kerja yang dijual tu tak susah dan pelbagai, penulis pun tak tahu nak tulis apa dalam buku kerja tu kan..

Dan bagaimana pula dengan cerita KSSR ni sebenarnya mengurangkan beban guru? Apa yang saya dengar daripada luahan guru-guru, mereka tak rasa pun beban terkurang. Bertambah lagi ada la. Pendapat saya? Benda baru, perlu masa untuk diadaptasikan. Dengan lambakan fail untuk dimulakan, memang terasa juga bebannya. Tambah lagi kerja-kerja penilaian (banyak ooo nak kena nilai) berterusan yang perlu dilaksanakan, menjadikan guru rasa tak tahu nak mula daripada mana. Murid yang lebih 30 orang satu kelas dan untuk menilai seorang demi seorang. Nak kena ada 2 guru dalam kelas. Seorang buat penilaian, seorang kawal kelas. Murid tahun 1, tahu lah macammana. Seorang pun bukan senang nak jaga kan?! No, I’m not complaining. I don’t think I’m allowed to. Because I’m still new. So, this is the challenge. Just do it! Maybe one step at a time. I not a robot to do it all at once.

yeaaa haaa!

Jadi adakah KSSR berkesan? Just we wait and see.

KSSR – Kurikulum standard sekolah rendah

dulu digelar KBSR – Kurikulum bersepadu sekolah rendah.

Ada yang cakap tak ada beza. Owhhh.. ada beza. Cuma banyak atau sikit je. Pengurusannya berbeza. Modul pun berbeza. Siapa yang cakap tak ada beza tu, anda guru yang ajar guna modul KSSR ke?

It’s raining

Posted: January 30, 2011 in She, Umum
Tags: ,

Bulan januari dah jadi macam bulan disember.. hujan di seluruh negara.

Dah dekat seminggu hujan di Segamat.. Hari ni paling lebat. Dari pagi tadi dah pasang lampu rumah. Macam malam la pula. Kapten Tebu demam hari ni. Kesian suamiku.. Tengok bahagia je mukanya ada isteri tolong jaga.. hehe

Ohhh.. Kapten Tebu lagi banyak kali jaga isterinya ini.. Semua yang diminta, pasti akan diusahakan. terharu tak?!

Bila cakap pasal demam ni, teringat saya demam dulu masa beberapa minggu lepas kahwin tahun lepas. Saya pergi ke klinik dekat rumah. Petang selepas sekolah. Saya antara pesakit yang tiba awal selepas habis waktu rehat. Lama juga saya tunggu, dekat setengah jam. doktor dah ada di dalam, jururawat masih tak sampai. owhh memang menguji kesabaran betul. Dah la masa tu tak selesa sebab demam dan batuk-batuk.

Bila dah masuk jumpa doktor, doktor tu sahkan saya demam. Saya nak minta mc, sebab esok sabtu tapi ada sekolah. Kemudian doktor tu kata, masih awal untuk dia bagi saya mc. Kemudian dia tanya samada sebelum ni saya pernah ambil mc ke tak? saya jawablah tak pernah. Doktor tu pula dengan tersengihnya cakap, daripada tak pernah la akan jadi berkali-kali. Wohhh.. bukan main lagi doktor ni. Muka punya la nampak penuh cahaya keimanan tapi suka menyindir rupanya. Ingat saya sengaja ka minta mc? Dia nak samakan saya dengan pekerja kerajaan yang lain yang suka-suki minta mc. Wehh.. ini badan saya, saya tahu la samada saya boleh tahan ke tak!

Sesungguhnya saya menahan diri daripada berkata seperti itu. Saya senyum ja depan doktor tu. Doktor tu bagi la juga mc sehari. Dengan berkat kepandaian doktor itu dan kemujaraban serta kemahalan ubat-ubatannya, hari isnin berikutnya demam saya masih belum sembuh! Terima kasih doktor. Ubat batuk doktor tu, saya berhenti makan, makan ubat lain. Hari Isnin tu mak tak suruh pergi sekolah pun, saya masih datang sekolah. Ingatkan pada anak-anak murid, digagahkan diri juga. Lama nak hilang batuk tu… Alhamdulillah.. sembuh juga walau ambil masa yang lama.

Moralnya di sini.. kepada para doktor di luar sana [terutamanya adik-adikku Afifah & Ahmad Abid], jangan bersangka buruk dengan pesakit. Apatah lagi menyindir. Buat kerja dengan ikhlas. okeh!!

Walaupun kadang-kadang ada rasa malas nak datang sekolah (bukan sebab tak nak mengajar tapi sebab kerja2 pengkeranian yg sy langsung tak minat), tak pernah terlintas di fikiran ni nak memalsukan mc ke apa.. seperti yang menjadi tajuk  dalam berita semalam.. InsyaAllah.. saya tetap akan bekerja ikhlas kerana Allah S.W.T.

p/s: semoga suami, mak & nenek cepat sembuh daripada sakit….Aminnn.~~

Guru oh Guru

Posted: April 1, 2010 in Umum
Tags:

Haaa..

ini realitinya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Seksajadicikgu/Article/

sebab tu saya kata, tugas guru bukan 2 saja seperti yang dikata oleh Mr. Holland dari filem Mr Holland’s Opus.

Jadi, apa sebenarnya tugas guru ni? Selain mendidik dan memastikan ilmu yang disampaikan itu digunapakai dengan sebaiknya oleh si murid?

Adakah di negara lain, guru-gurunya juga mengalami  situasi yang sama dengan guru-guru di Malaysia?

Nak ulasan? Tunggu saya rajin baca lebih banyak yang berkaitan dengan perkara ni.

Jadi guru tak sepatutnya rasa terseksa. Saya sangat setuju sekiranya guru di Malaysia ini lebih banyak fokusnya pada P&P untuk murid. Bukan kerja-kerja tambahan yang lain yang mengganggu masa mengajar guru. Adakah kerana guru mesti serba serbi tahu maka mereka perlu buat semua benda?

Iye, guru kena Ikhlas. Dan disebabkan keikhlasan itulah guru sanggup buat semua kerja-kerja tambahan itu.  [Saya sepatutnya nyatakan di sini apakah kerja-kerja tambahan itu  dengan  lebih spesifik kan?] tapi saya dah ngantok, nak tido. Lain kali sambung lagi.

nota kaki: Cukup la cakap jadi cikgu ni senang. Berbulu telinga dan panas hati ni mendengarnya. Kalau nak kerja senang, duk rumah jangan buat apa-apa. Tak ada kerja yang senang. Ada faham?!!

Teaching is Super & Massively Challenging!!