Posts Tagged ‘kahwin’

1st Anniversary

Posted: September 25, 2011 in Tentang kami
Tags:

Marshmallow cake says.. Ulang Tahun Perkahwinan 1st, Hari Jadi ke-27

Birthday siapa? Birthday my beloved other half a.k.a Kapten Tebu

Triple on our First Anniversary..

Alhamdulillah
sudah setahun usia perkahwinan
Semoga cinta & mahligai ini kekal bahagia hingga ke akhir hayat
dan ku ingin menjadi bidadarimu di syurga kelak.

InsyaAllah

yang mencintai,
isterimu….Photobucket

Advertisements

You & I vol 1

Posted: April 14, 2011 in Tentang kami
Tags: ,

Love moment 1:

“Jom masak sayang..”

“Tak apa, abang masak. yayang rehat la. Yayang letih tu.”

“Abang pun letih jugak”

“Tak pe, yayang baring. Nanti sakit belakang tu.”

“Bagusnya kalau yayang boleh rakam kata-kata tu.. hihihi”

 

Love moment 2:

“Nda apa la. Nda payah bayar balik duit tu.”

“tak boleh. Duit yayang, duit yayang.”

 

Can you get the picture here? I wish i’d recorded all of the sweet and heartwarming coversations between us. So that, I can tease my husband when I like. ehehe

That’s why I heart my husband.

hug ketat-ketat..

..by the way, we eat spaghetti for tonight. wuhuuuu!

begini rupanya

Posted: October 18, 2010 in She
Tags: , ,

3 minggu 2 hari bergelar isteri.. sekarang masih berjauhan. Masa berkawan jauh, dah kahwin pun jauh. Tau betapa jelesnya saya dengan pasangan suami isteri yang duduk serumah? Kepada isteri-isteri yang senasib dengan saya, teruskan bersabar. InsyaAllah ada rezeki, tahun depan dah boleh duduk serumah. Maksudnya tu saya dah pindah ke Segamat la kan?!

Cakap pasal pindah ni.. guru-guru di sekolah ada yang duk tanya. kenapa Azyyati yang kena pindah? Jawapan saya.. saya senyum je.. satu sebab mereka tak nak saya pindah, tak ada la jurulatih memanah wanita tahun depan. 🙂 itu je? itu je kot.. Tak de hal la.. (johor salah satu negeri yang terer sukan memanah. segamat tak kot). ke tak puas hati saya pindah? sapa nak jadi guru data baru? Ber’taichi‘  la cikgu-cikgu lepas ni.. [faham ke istilah taichi di sini?]

Sepanjang 3 minggu dah jadi isteri ni.. ada juga la perbezaannya.. Kapten Tebu dah semakin nampak dengan jelas, betapa degil isterinya ini (dalam insiden sakit demam, batuk & selesema). Saya tak suka makan ubat. Tak suka pergi klinik. Bukan takut. cuma tak suka. sebab saya jarang sakit. bila sakit, saya akan biar ia baik sendiri. Seminggu sebelum sakit, saya duk cakap besar yang saya jarang nak sakit (masa tu Kapten Tebu tengah sakit). Lepas tu, minggu depannya saya pula sakit. ahahaha.. kan dah kena! Bila batuk dah kurang sikit selepas 5 hari, saya mula malas makan ubat. Dipaksa suami, saya degil duk memberontak. Tapi makan ubat jugak la. Esok pagi saya batuk sampai tak larat. Itu la, melawan cakap suami.

Begini rupanya bila dah kahwin.

Cakap suami mesti dengar.

Saya masih belum biasa dengan hidup berkahwin. Bila kumpul nak basuh baju, saya hanya basuh baju yang dalam bakul. Saya tak buka beg suami dan keluarkan baju untuk dibasuh. Rasa masih bujang apa? ekeke..

Begini rupanya bila dah kahwin.

Jangan duk fikir pasal diri-sendiri je~

Rasanya saya dikalangan isteri-isteri yang bertuah kerana suami rajin tolong mengemas, rajin tolong masak~ 🙂 Dah jadi geng la.. dalam kepala ni, kalau nak buat apa2, mesti nak ajak suami. Dah la suami hujung minggu baru ada. Bayangkan banyak yang tertangguh.

Begini rupanya bila dah kahwin.

Semua benda nak kena ada suami. ye ke? manja sangat la tu. 😛

lama sangat dah tunggu untuk gambar dan video ni.. aiseh~ jangan sampai majlis bertandang nanti dah le.. kena buat baju lagi tu. Kain sponsor, hantar ler untuk jahit.. 3 helai baju untuk kahwin.. punya banyak. bila la kunun mau dipakai lagi tu?

here is for your eyes..

 

solemnization on 25th September 2010

 

Song: Mavi Kuş ile Küçük Kız a blue bird and a little girl

Movie: UP

saya & suami dah tonton filem ni masa ia masih fresh from the market.. memang best la! Dah la best.. giler romantik.. ekeke.. pasangan suami isteri dalam cerita ni kenal masa kecil kemudian berkahwin dan hingga ke akhir isterinya meninggal sebab sakit.

Don’t find happiness at the end of the journey. Find it in the journey… because in the end, you won’t lose happiness..

Think about it: if you are only happy once you reach a goal, what about all the time you spend getting to the goal? That’s much more of your life than actually being at the goal. If you’re only happy when you’re at the destination, you’ll be unhappy most of the time.” Leo Babauta

Bahagian yang best.. Stuff I’m going to do.

honey dear, let’s make our journey full of adventure 🙂

pat pat siku lipat.. ada apa pada empat?

Posted: September 21, 2010 in She
Tags: ,

Ada empat hari lagi…

exited jugak la.. ‘jugak’? dari awal lagi memang dah excited. Tapi sekarang makin makin excited. 😀

majlis nikah: mostly done. tinggal nak re-confirm semuanya. jurunikah, jurusolek, jurugambar dan segala juru..

majlis resepsi: bincang layout dewan, baru je semalam. gila rilek. patut dewan blh settle aaaaaawal lagi kan?! tak pe la, yang penting hal2 kritikal dah dimurnikan. Cuma jadual masa perjalanan majlis belum boleh dicop sahkan. Ada performer la nanti. last2 minit pulak tu. ok ja ba kalo ko..   siapa? oh, tu kena datang majlis baru tahu.. skali tengok pengantin yang buat persembahan.. ok what? 😉

Kad baru je edar di sekolah.. ramai jugak la cikgu2 cakap, senyap2 je saya ni.. tup tup dapat kad kahwin. well, surpriseee!! hehe tunang pun tak bagitau orang. siapa tanya je baru diberitahu & siapa2 yang terbaca di blog ni. Siap ada cikgu pesan, nanti lepas kahwin tahan telinga je ye. saya pulak buat2 muka innocent,  buat-buat tak faham la konon. ahahaha sebenarnya punyala saya FAHAM! ;P

Ingat minggu ni boleh rilek. tapi tak boleh rilek. Banyak la pulak benda nak urus. Yang kecik2 la tapi..

apakah hal kecik2 tu?

  • Selasa
    • habiskan hias 3 lagi hantaran dengan bantuan sahabat saya pn.Hamidah (saya dah buntu nak hias macammana). patut dah siap pasal hantaran tapi ada tambahan la pulak. suka la kapten tebu dapat 11 hantaran.
  • Rabu
    • ambil baju resepsi di dry cleaning (tengok betapa lewatnya saya hantar). Saya tak ambil pakej pengantin. Baju semua sendiri punya. (2 helai ja pun).
    • pergi dewan buat bayaran terakhir.
  • Khamis
    • nak buat apa ya hari ni? ohh.. kalo ada masa mungkin pergi kedai aunty hias pelamin. Pelamin rumah & dewan dia yg hias. Nak tahu macammana rupanya? Nanti tengok di gambar.. berjanggut la kamu tunggu. Kalau tak ada masa, saya telefon ja la untuk perbincangan terakhir. waiseh..
  • Jumaat
    • patut saya dah rehat masa ni.. tapi, saya kena pi kedai bunga cari bunga segar utk hias sirih junjung & nak kena pegi beli sirih la jugak kan.. yang menghias, sudah tentu Pn.Hamidah a.k.a sifu menjahit saya.
    • ambil kek yang ditempah di secret recipe. Ada orang birthday la 25hb.. siapa la tu aaaa..
    • dipakaikan inai di jari.. simple ja, tak perlu berbunga2 coraknya.. ada tu saya terbaca yang bila kita buat inai corak2, ia macam tatu ka apa.. ada la.. lupa da.. pergi cari di google. jangan malas2. bakal pengantin tak apa. ahaha
    • hari ini juga pelamin di rumah dah dipasang. Fresh flower, I loike.. tapi bunga2 bukan saya pilih, aunty tu yang pilih.. kalau saya request bunga, konfem mahal menjulang2 (bentuk pelamin, saya la yg cadang).. so, biar murah dan sweet mata memandang.. macammana la pelamin tu nanti. aunty tu balik2 cakap, “memang cantik la aunty buat, cantik 2x… memang cantik “.. punya berabis dan yakinnya dia buat pernyataan itu. ba, kita tengok nanti macammana aaaa~

Aik? kenapa hari jumaat paling banyak isi ni? padahal sabtu nak nikah dah.. nguaaaaaa~ InsyaAllah, semuanya berjalan lancar.. steady… Ada jugak adik-adik saya tolong nanti. tambah lagi adik seorang, adik ipar..  pelik bila orang lain panggil kakak ipar (org dewan tu la yang panggil saya begitu)..

Athiruddin & Ros Ernida

kalau adik lelaki kahwin dulu, masuk dalam kategori dilangkah bendulkan ke?

I tak kisah, sebab minggu ni I pulak nikah.. kekeke

Majlis nikah adik & resepsi belah pompuan dah berlangsung pada 17 & 18 september 2010.

Meriah majlisnye.. siap naik tandu lagi.. 😉 Alhamdulillah, majlis mereka lancar dan meriah. Siap buat kenyataaan lagi adik saya tu, ‘feel calm after married’.. wah wah wah.. seronotnye dia. nanti saya pulak cakap macam tu aaa.. hehe

Satu pesan mak cik Milah (kakak mak) pada saya, solat hajat setiap malam. mohon majlis berjalan lancar & diberkati oleh Allah S.W.T..  Iye, dengan majlis yang dua pasang pengantin ni.. berganda juga la kerjanya.. dan berganda juga bantuan daripada Allah. InsyaAllah..

tak guna rancang majlis hebat2, tapi tak ingat nak doa pada Allah.. Minta pada Allah.. bukan meminta2 pada manusia.. lain cerita kalau orang bagi free..

ok.. ni je dulu.. kalau ada peluang di masa2 terdekat ni, saya curi masa lagi untuk buat entri terakhir ketika masih bergelar CIK ni..

Terima kasih kerana membaca~

p/s: Hari ni bermulanya UPSR. Semoga berjaya buat semua murid-murid tahun 6 di seluruh Malaysia…

p.p.s: cuti kahwin 2 hari je ye. tak da cuti sebelum kahwin.. well, ini sekolah hebat kedebum kedebum, mana boleh bagi cuti panjang2.. tak da sapa nak mengajar nanti. uhuk uhuk.. kenapa tak buat masa cuti panjang?…… siapa nak datang??? orang semua balik kampung. saya buat majlis di bandar bukan di kampung. ok, dah clear? ALHAMDULILLAH dapat cuti.  syukurrrrr…

Double the Joy

Posted: September 3, 2010 in She
Tags: ,

Azyyati happy 2 kali la ni. Raya satu, kahwin satu“, tegur seorang rakan guru.

I like the comment. muahaha..

Alhamdulillah.. InsyaAllah semuanya akan berjalan dengan lancar nanti.

*mode tengah rajin update sebab nak cuti dahhhhh

Hari ni majlis khatam Quran di sekolah. Tak mengajar ler.. tu yg duk rilek kejap ni. Nak buat laporan bulanan EMIS, website tengah dikemaskini lagi. Kena buat masa cuti ke ni? Tengoklah kalau I rajin..

update kahwin terkini:

  • Kad jemputan sedang diedarkan. Kawan-kawan yang saya dah tanya alamat tu, tunggu je ketibaan kad ok. Bukan kad raya.. kad yang lagi best daripada itu.. 😉
  • Menjahit langsir rumah & bilik saya sendiri sedang dalam proses. InsyaAllah saya boleh siapkan paling lewat hari isnin ni. [kagum ngan diri-sendiri sebab dah tahu jahit langsir. tapi produk ok tak ok, tu kena tengok nanti. Sekali tengok langsir senteng sebelah. hahaha]
  • Rumah sewa untuk saudara dari Sabah & rombongan bakal suami pun dah ada. Kereta sewa, my brother uruskan.
  • Nak final shopping lagi untuk carpet rumah. Rumah tak da carpet ok. Semua tinggal di Sabah nun.
  • Door gift sedang dalam proses lagi. Tak pe, ramai rakyat di rumah ni untuk dikerahkan.
  • dewan? esok insyaAllah pilih menu. [baru nak pilih?!. lambat betul la]
  • aturcara utk kedua2 majlis nikah & resepsi belum dimurnikan lagi.
  • kompang, Dj, videographer dah ada.. ada persembahan? tak tau, yang tu kalau ada, adalah. kalau tak da, tak da lah..

macam banyak ja lagi ni tau. guestbook nak jugak ke aaa? tengok keadaan..

ok cukup la ni dulu. mau buat kerja lagi.

Steady

Posted: February 18, 2010 in Tentang kami
Tags:

“Even the flower shows some love..” looks like it hurts. Bleeding love…

♥ ♥ ♥    ♥ ♥ ♥  ♥ ♥ ♥   ♥ ♥ ♥
But something happened for the very first time with you
My heart melted to the ground, found something true
And everyone’s looking ’round, thinking I’m going crazy”

-Bleeding love by Leona Lewis.

🙂 lama tak update kan.. disebabkan malam ni rajin sikit, maka saya cerita sikit la pasal aktiviti terbaru.

  1. Saya dah semakin berjaya berdepan dengan kerja yang banyak. Tak mudah ‘stress‘.. Hope it will last.
  2. Secara separa rasminya saya dah mula jadi jurulatih memanah untuk sekolah-sekolah di Putrajaya. Saya belum terima surat lantikan lagi, sedang dalam proses. (best gile saya dapat shoot sampai puas.. wuhuuu. eh, coach pun join skali la ngan student kan 😉 )
  3. Pertandingan untuk Robotic? tak mau cerita lagi. Bahagian tu akan menegangkan urat kepala dan leher kalau difikirkan.
  4. Barangan untuk hantaran kahwin dah banyak yang dibeli. Walaupun hakikatnya tempoh yang tinggal tak sampai 3 bulan lagi (bila dah confirm nanti saya bagitau ye).

Bila fikir pasal kahwin ni, banyak sangat benda nak kena buat. Takde nak rancang besar-besaran. Duit simpanan bukannya banyak. Saya ingat kata-kata seorang sahabat saya. “Bila kita nak kahwin ni, jangan difikirkan sangat hal-hal teknikal. Contohnya duit. Bila kita nak buat benda baik ni, Allah akan sentiasa tolong. Rezeki tu pasti akan ada. Apa yang penting ialah bila kedua-duanya dah bersedia dan keluarga kedua belah pihak tak ada masalah.”

Sahabat saya tu bercerita pasal pengalaman dia dan kawan-kawannya. Memang betul, pasal rezeki insyaAllah akan ada daripada sumber2 yang kita tak terfikirkan. Dia dulu asyik tangguh kahwin sebab selalu rasa tak cukup duit. Tapi bila duit dah cukup, macam-macam isu timbul bila dia nak kahwin. Sebab tu dia kahwin agak lambat sedikit. Tapi, sekarang dia bahagia dengan suaminya, sedang mengandung anak pertama lagi tu 😉 .

Kesimpulannya, kepada sesiapa yang nak sponsor majlis perkahwinan kami amatlah dialu-alukan. hihihi.. takde kaitan langsung.

I know many of my friends out there cannot wait to see me & Nazri get married due to soooo long friendship me & Nazri had. Be cool, you are not alone 😉

Ya Allah ya tuhan kami. Permudahkanlah urusan-urusan kami.. amennn..

I laugh, I love, I hope, I try I hurt, I need, I fear, I cry. And I know you do the same things too, So we’re really not that different, me and you.
-Collin Raye