Posts Tagged ‘kids’

Ops.. i did it again

Posted: January 14, 2012 in Tentang kami
Tags: ,

This is mommy’s 100 post.

Umi & Abi's love

Advertisements

Come back to work

Posted: January 14, 2012 in School Life, She
Tags: , ,

Sesudah bergelar ibu, rutin harian turut berubah.

Awal pagi, bangun jam 5.30 pagi. Terus pam susu. :p Kemudian mandi, solat, sarapan, sediakan barang2 Nuha dan seterusnya hantar Nuha ke rumah pengasuh yang sejauh 9 buah rumah. Awal pagi sudah tentu hantar guna kereta, ambil Nuha petang selepas siapkan kerja2 rumah, berjalan kaki. Ada jugak la masa berjalan-jalan dengan Nuha waktu petang dan umi pun bersenam sikit. ohoho sekejap je pun tak sampai 5 minit berjalan.

Di sekolah, kawan-kawan guru masih ramai tak percaya dan rasa janggal bila tengok penampilan saya. Well, when I was pregnant, I do gain extra 20kg, so that’s a BIG me. Sekarang berat dah turun dan cara pemakaian saya dah kembali ke asal, ramai ingat saya guru baru. ahahaha.. kenapa jadi macam tu? sebabbbb

Sepanjang saya mengandung (dari mula lapor diri Januari 2011 di sekolah baru ini):

  • Pakai spekmata terus. Malas dah guna contact lense.
  • Tudung semua pakai yang instant. Senang sarung.
  • Baju sudah tentu baju mengandung.
  • Pakai sandal biasa dah. No more boot.
  • No more make-up. Cuci muka guna pencuci pun tak. Tak boleh cium bau wangi2. pening!

Selepas bersalin, mestilah kembali ke asal kan. aahahaha.. Pakai contact lense, shawl, boot, make-up. penampilan kontra. 😉

Soalan paling banyak ditanya, macammana boleh jadi semakin kurus dengan cepatnya.

Jawapan paling senang, saya tak ada bersenam langsung. Hanya meyusukan Nuha!! Itu je. Mudah kan?

Tapi nak kena bersenam jugak la. Masih belum berat asal. Lagi perlu stamina.

Oh ya! di tahun baru ini saya guru kelas tahun 1. Mengajar Bahasa Inggeris 3 kelas tahun 1. Semuanya 30 waktu mengajar. Tak da elektif sebab dah terlebih waktu mengajar. Well, I like teaching year 1 pupils. They are fun and cute. Tapi kadang2 geram jugak. ahahaha Paling suka sebab mereka masih kecil maka senang dibentuk. Go go new year!!!

p/s: Nak baby lagi la.. ohohoho

bila ku ingin ringankan minda

Posted: January 20, 2010 in School Life
Tags:

Seperti yang telah ku jangka. Hari rabu saya akan diberikan kelas ganti. Kali ni kelas Tahun 1 Dedikasi. Suruh je mereka melukis. Tajuk lukisan, keluarga saya.

Selepas setengah jam, seorang murid datang ke meja guru dan menunjukkan saya lukisannya.

Saya: Ramainya ahli keluarga kamu? Ini siapa? (merujuk kepada keluarga ‘lidi’ yang dilukisnya).

Murid: Ayah

Saya: Jadi yang ni mak kamu?

*Murid mengangguk-angguk kepala.

Saya: Kenapa kepala mak kamu lebih besar dari ayah? (dapat bayangkan tak lukisan tu?)

*Murid senyum tersipu-sipu.

Saya: Ramai adik-beradik kamu ye. Ada 6 orang semua. Kamu anak ke berapa?

Murid: ke-5. Saya ada seorang lagi kakak. Tapi dia meninggal dunia. Kemalangan kereta.

Saya: Bila kakak kamu kemalangan?

Murid: Masa saya belum bersalin lagi.

Saya: (senyum lebar dah masa tu) ehhh, kamu tak bersalin lah.. mak kamu yang bersalinkan kamu.

..ye, murid tahun 1. I knew those days.

malam ni banyak kerja. tak pe la, one step at a time. Kalau tak, memang saya akan jadi ‘stress‘.

Ulek mayang

Posted: January 15, 2010 in School Life
Tags: ,

Tau tak lagu rakyat Ulek Mayang? Asal Terengganu kalau tak silap.

Beberapa rangkap daripada lagu ni..

Ulek Mayang ku Ulek
Ulek Dengan Jala Jemala
Ulek Mayang DiUlek
Ulek Dengan Tuannya Puteri
Ulek Mayang DiUlek
Ulek Dengan Jala Jemala
Ulek Mayang DiUlek
Ulek Dengan Puterinya Dua

Puteri Dua Berbaju Serong
Puteri Dua Bersanggol Sendeng
Puteri Dua Bersubang Gading
Puteri Dua Berselendang Kuning
Umbok Mayang Diumbok
Umbok Dengan Jala Jemala
Nok Ulek Mayang DiUlek
Ulek Dengan Puterinya Empat……

dan seterusnya..

Hari ni waktu pertama adalah mata pelajaran Muzik untuk tahun 3.

Tengah salah seorang anak murid saya menyalin lirik di depan meja saya, dia menyanyi lagu tu dengan versi kanak-kanak mereka.

Kemudian ada seorang murid ni (Murid B) tanya saya, “Cikgu, lagu tu berhantu kan cikgu? Ayah saya cakap berhantu“.

Dalam pada itu murid A masih menyanyi dengan versi ciptaan mereka tu…

Macam ni lagu dia.

..Puteri satu terkentut-kentut

Puteri dua dah jadi tua

Puteri tiga, anak panglima

Puteri empat, melompat-lompat

Puteri tujuh, dah kena bunuh

Puteri lapan, dah jadi lipan

Puteri sembilan, pegi negeri sembilan….

tiba-tiba murid B ni menyampuk.

Murid B: “Eh, jangan nyanyi sampai sepuluh. Nanti hantu dia datang.”

Murid A: “Kalau saya nyanyi sampai sembilan boleh?”

Murid B: “Boleh!”.

..Lirik yang saya suruh salin adalah lagu sekolah. Takda kaitan langsung dengan lagu Ulek Mayang. Minggu depan nak ajar ‘detik’ guna genderang. 🙂 saya pulak jadi tak sabar.